Khalid Ali Simpati Dengan Skuad Tan Cheng Hoe Bermain Di Padang ‘Standard Kampung’

Bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengkritik mutu padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkan beliau sebagai ‘standard’ kampung.

Khalid Ali mencadangkan agar perlawanan kedua – ataupun timbal balik – di antara Timor Leste dan Malaysia dilangsungkan di stadium lain, misalnya di Stadium Shah Alam ataupun Stadium Selayang.

Dipetik daripada sumber Harian Metro Khalid Ali turut menyatakan simpati beliau ke atas Tan Cheng Hoe yang cuba menerapkan taktikal bola rendah – namun sukar kerana kondisi padang yang teruk.

Khalid Ali berkata: “Saya sedih melihat keadaan padang, kerana itu bukan taraf dunia ataupun ‘standard’ untuk pemain profesional. Tetapi ianya ‘standard’ untuk pemain kampung”.

https://twitter.com/ArenaHM/status/1137924849152737282

“Saya melihat Tan Cheng Hoe berani menerapkan taktikal baharu. Saya boleh katakan beliau berjaya menerapkannya”.

“Namun rata-rata para pemain dilihat terpaksa menghadapi cabaran bermain dalam keadaan yang teruk. Ianya sekaligus merencatkan corak permainan mereka.”

Akhir sekali, Khalid Ali tidak mahu para pemain terlalu terbuai-buai dengan kejayaan membelasah Timor Leste. Ini kerana menurut beliau Timor Leste bukan kayu pengukur sebenar pasukan Malaysia.

“Timor Leste adalah pasukan yang dibarisi ramai pemain muda dan baru di peringkat antarabangsa, sekaligus tidak memberikan ancaman besar kepada pasukan Malaysia.”

Seterusnya beliau mahu para pemain lebih fokus ketika bertahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN