Quantcast

BERITA

Atletico Madrid Marah Barcelona Guna Pintu Belakang Hubungi Griezmann

Laporan dari Sepanyol mengatakan Atlético Madrid sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Barcelona kerana menghubungi pemain mereka, Antoine Griezmann pada awal tahun ini.

Perkara tersebut sedemikian selepas stesen radio Sepanyol, Cadena Sur mendedahkan mereka memiliki dokumen buktik penyerang antarabangsa Perancis itu telah berbincang perihal kontrak bersama Barcelona sejak November tahun lalu, sebelum bersetuju dengan tawaran kontrak pada Mac tahun ini.

Ada bukti

Perjumpaan pada Mac diantara Barcelona dan Griezmann diakatakan berlangsung beberapa hari sebelum Atletico Madrid bakal berhadapan dengan Juventus di perlawanan timbal balik, pusingan 16 terbaik pertandingan UEFA Champions League (UCL).

Griezmann sebenarnya masih memiliki kontrak untuk kekal bersama Atletico sehingga 2023. Namun klausa perpindahan beliau akan jatuh dari nilai €200 juta kepada €120 juta pada 1 Julai akan datang.

Pemain penyerang itu sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan Atletico selepas tamat kempen musim ini. Pengumuman tersebut dilakukan sebelum pendedahan terbaru ini.

Atletico marah

Sejak perjumpaan diantara Griezmann dan Barcelona pada Mac lalu didedahkan, perkara itu dikatakan membuatkan pihak pengurusan tertinggi di Atletico tidak senang duduk.

Ini kerana Barcelona dituduh melakukan rundingan tanpa kebenaran Atletico – dan pada ketika kelab tersebut perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan yang mereka masih hadapi di La Liga dan UCL.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini, namun AS melaporkan Atletico sedang mempertimbangkan untuk mengheret Barcelona ke muka pengadilan.

Sebelum ini Griezmann dikatakan memohon untuk dilepaskan oleh Atletico pada akhir musim – namun tidak mengesahkan destinasi seterusnya pada musim hadapan, walaupun Barcelona adalah destiasi pilihan yang dilihat ramai untuk pemain ini.

Namun perkembangan terbaru ini bermakna hubungan kedua-dua kelab akan menjadi keruh.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!