Courtois Harap Real Madrid Menang Banyak Trofi Musim Depan Dengan Adanya Hazard

Hazard

Thibaut Courtois menzahirkan rasa gembira beliau dapat melihat Eden Hazard menyarung jersi Real Madrid pada musim akan datang.

Courtois antara orang terawal mengucapkan selamat datang ke Real Madrid – kepada Eden Hazard.

Courtois dan Hazard bergabung sekali lagi selepas era bersama di Chelsea. Courtois antara pemain yang sentiasa yakin Hazard akan datang ke Real Madrid.

Real Madrid memuktamadkan perjanjian mendapatkan Eden Hazard dengan nilai sekitar £88 juta. Hazard akan diperkenalkan kepada umum pada 13 Jun ini di Stadium Santiago Bernabeu.

Hazard dan Courtois kini masih di kem kebangsaan Belgium.

Courtois berpendapat kehadiran Eden Hazard akan membantu meningkatkan kualiti pasukan Real Madrid. Courtois yakin Hazard akan cepat menyesuaikan diri dengan pasukan dan liga baru dalam karier beliau.

Ini kerana menurut Courtois orang di Sepanyol sangat besikap terbuka dalam menerima pemain baharu seperti Hazard.

Courtois berkata:”Orang di Sepanyol sangat terbuka. Jika Hazard dapat bercakap Sepanyol sedikit-sedikit, ianya lebih baik.”

“Saya gembira kerana kami kembali bermain bersama. Beliau kawan baik saya. Saya rapat dengan beliau dan keluarganya.”

“Untuk pasukan Real Madrid, ini adalah perkara yang hebat. Saya rasa Hazard akan memberikan perbezaan kepada pasukan dan harap kami akan memenangi banyak trofi musim hadapan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN