Thiago Silva: Brazil Amat Memerlukan Phillipe Coutinho Selepas Kehilangan Neymar

Pemain pertahanan, Thiago Silva menegaskan bahawa Brazil amat memerlukan Phillipe Coutinho selepas bintang utama, Neymar diketepikan akibat kecederaan.

Walaupun Coutinho kelihatan bergelut untuk mempamerkan corak permainan terbaiknya ketika bersama Barcelona, Silva optimis Coutinho mampu untuk menggalas tugas berat ditinggalkan Neymar.

Pada perlawanan persahabatan terakhir bertemu Honduras sebelum saingan Copa America bermula, Brazil menang 7-0 dengan Coutinho menyempurnakan sepakan penalti dan mencipta satu bantuan jaringan.

”Permainan kolektif adalah yang pertama. Coutinho menghadapi musim sukar bersama Barcelona. Dia di’boo’ berkali-kali tetapi bersama pasukan ini (Brazil), dia merupakan rujukan kami terutamanya apabila kami tidak mempunyai Neymar.”

”Dalam dua perlawanan persahabatan yang kami lalui, dia adalah pemain terbaik di atas padang, bukan hanya kerana hantaran dan jaringannya tetapi dengan corak bertahannya.

PORTO ALEGRE, BRAZIL – JUNE 09: Players of Brazil celebrate a scored goal during the International Friendly Match between Brazil and Honduras at Beira Rio Stadium on June 9, 2019 in Porto Alegre, Brazil. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

”Dia telah menemui kebahagiannya sekali lagi.”

”Saya sangat gembira dan tidak semua akan selesa bercakap mengenai pemain ini (Coutinho) kerana kami sangat rapat.”

“Pada persahabatan yang pertama, saya cuba memberikannya sedikit ketenangan dan saya memberitahu Neymar juga untuk memberinya bantuan.

“Kami memerlukannya, terutamanya sekarang dengan ketiadaan Neymar.”

Aksi sulung Brazil dalam saingan Copa America adalah pada Sabtu ini jam 8.30 pagi bertemu Bolivia.

Leave a Reply