Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin perlu lebih berhati-hati berdepan PJ City FC pada malam nanti dan adakah ia bergantung kepada prestasi Bergson da Silva?
Seperti yang semua tahu, rekod JDT berdepan PJ City tidaklah begitu mengagumkan sebagaimana rekod ketika mereka membenam Perak FC dengan jaringan 7-0 dan Selangor (6-1) dalam saingan musim lalu. Berdepan PJ City, JDT acapkali bergelut.
Apa yang menjadi punca kepadanya, tidaklah diketahui. Mungkin faktor taktikal yang diterapkan oleh pengendali sebelum ini, K. Devan, PJ City boleh berlawan sama gagah berdepan juara liga tujuh kali itu tanpa sebarang rasa takut dalam diri mereka.
MSL 2020: Penalti Cabrera Elak JDT Dari Dimalukan PJ City https://t.co/5M4UP7luar pic.twitter.com/Nc4rvrJAyb
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 25, 2020
Untuk musim lalu, menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2. Dan musim 2019 pula, dalam saingan liga, kedua-duanya masing-masing merekodkan satu kemenangan dengan jumlah jaringan yang sama iaitu kemenangan tipis 1-0.
Adakah pengendali musim ini, P. Maniam sudah mendapatkan ‘tips baik’ daripada bekas pengendali The Phoenix sebelum ini, K. Devan tentang bagaimana untuk memerangkap Harimau Selatan dalam pertembungan menarik pada malam nanti?
Berdasarkan statistik semasa, PJ City tampil gah dengan menggunakan pemain-pemain tempatan dan berada di kedudukan ke-5 dengan mengumpul 10 mata.
Mereka hanya tewas sekali pada musim ini, iaitu kepada Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan setakat ini masih belum tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Malam ni match #LigaSuper2021 antara @OfficialJohor & @pjcityfc antara yang dinantikan. 🔥
Sebab kalau ikut rekod di saingan Liga Super sejak 2019 hingga sekarang, PJ City satu-satunya pasukan yang pernah tewaskan JDT & musim lepas mereka seri 2-2. #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/iY9TFHXVv7
— Team Malaysia (@TeamMsia) April 10, 2021
Tambah menarik, mereka merekodkan empat perlawanan tanpa bolos iaitu ketika berdepan Perak FC (0-0), Sabah FC (1-0), Sri Pahang (1-0) dan Terengganu FC (0-0).
Oleh itu, kemampuan Bergson da Silva yang mengganas dalam beberapa perlawanan setakat ini bakal diuji berdepan skuad ‘liat’ sebegini. Bergson sudah meledak enam gol peribadi dalam lima penampilannya bersama JDT – satu rekod baharu di JDT.
Sejak penampilan pertamanya berdepan UiTM FC, Bergson hanya sekali terlepas peluang menghasilkan gol iaitu ketika berdepan Perak dan dalam dua aksi terakhir, beliau meledak empat gol dalam dua aksi, berdepan Melaka United dan Sabah FC.
Ketika menundukkan Sabah sebelum ini, Benjamin Mora menekankan yang sikap, kemahuan dan mengekalkan semangat mahu menang di kalangan para pemainnya kini sangat baik dan pasti beliau mahu ia diteruskan dalam aksi berdepan PJ City.
KREDIT FEATURED IMAGE: JST
Baca lagi artikel lain mengenai JDT dan PJ City:
Ini Komen Benjamin Mora Tentang Kemenangan, Arif Aiman & Bergson da Silva
Posisi Kritikal Tanpa Pemain Import, Siapa Bakal Isi Bek Tengah Di PJ City FC?
MSL 2019: PJ City Musnahkan Impian Invincible Dan Rekod Kebal JDT Di Larkin