MSL 2019: PJ City Musnahkan Impian Invincible Dan Rekod Kebal JDT Di Larkin

Impian JDT untuk menamatkan saingan Liga Super 2019 dengan status tak terkalah / Invincible tidak kesampaian apabila dikejutkan oleh PJ City.

JDT tewas 0-1 di tangan PJ City dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Larkin.

Ini bermakna PJ City menjadi pasukan pertama menang di Larkin dalam saingan liga sejak 2013. Pasukan terakhir yang menang di Larkin dalam MSL adalah Lions XII.

Washington Brandao menjadi wira pslawat. Ini apabila jaringan tunggal beliau berjaya memberikan kemenangan ke atas pasukan serba bintang JDT.

Brandao juga merupakan pemain yang menamatkan rekod tanpa kalah di Larkin oleh JDT sejak 2013 – dan menamatkan impian Invincible JDT dalam saingan musim ini.

Juara liga super 2019 – dan juara 6 kali berturut turut – JDT – membariskan skuad yang di dalam aksi ini meskipun sudah bergelar juara.

JDT mendominasi perlawanan namun buntu di hadapan gol. Mereka mendapat beberapa peluang gol daripada permainan terbuka dan bola mati, tetapi gagal disudahkan.

PJ City berjaya mengakhiri rekod 3 perlawanan berturut-turut yang mereka kalah – naik ke tangga ke-8 dalam carta liga super.

Dalam satu lagi perlawanan Melaka dan PKNS FC sekadar seri 1-1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN