Sri Pahang bermula dengan serba tidak menjadi pada aksi lalu dalam saingan Liga Super dengan mencatat keputusan tewas kepada Sabah di Stadium Likas walaupun tampil dengan serba baharu dalam senarai pemain.
Sebelum itu, skuad kendalian Christophe Gamel berjaya mencatat dua keputusan positif sebelum tirai liga berehat selama sebulan, dan mereka gagal untuk meneruskan momentum tersebut setelah beraksi dengan agak hambar dari segi corak permainan ketika menentang Sabah.
Fulltime. #SriPahang #WhereLegendsAreBorn #hakkaClo #extrajossmalaysia #PosMalaysia pic.twitter.com/pLXOFGk7D0
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) June 18, 2022
Menurut penyerang mereka iaitu Malik Mat Ariff, beliau jelas tidak sabar untuk kembali bangkit bersama pasukan dalam aksi seterusnya menentang Negeri Sembilan dengan permainan lebih positif dapat ditampilkan.
Malik yang tidak beraksi pada perlawanan menentang Sabah kerana mengalami kecederaan jelas bermotivasi untuk kembali bangkit agar skuad diwakilinya itu tidak lagi keciciran mata.
“Saya tidak dapat bermain pada pertemuan dengan Sabah kerana mengalami kecederaan pada paha kanan.
“Kecederaan itu dialami pada aksi persahabatan berdepan Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC ketika saingan Liga Super berehat.
“Setakat ini, kecederaan yang dialami semakin pulih dan dijangka boleh bermain berdepan NSFC Sabtu ini,” katanya menerusi Arena Metro.
Dalam masa sama, Malik juga berkata Sri Pahang tidak rela lagi keciciran sebarang mata untuk mengelakkan kedudukan skuad berada dalam bahaya pada musim ini.
57' GOL | Abdul Malik Mat Ariff menyumbang gol keempat Sri Pahang!
@fa_penang 0-4 @OfficialPahang #TMPialaMalaysia2021 pic.twitter.com/1Dp5yPsfhf
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 3, 2021
Untuk itu, beliau menjelaskan skuad diwakilinya bakal memberi tumpuan dari segi komitmen serta persefahaman mantap agar dapat mempamerkan aksi lebih baik sekali gus meletakkan Sri Pahang di landasan terbaik untuk memperbaiki carta liga.
“Saya percaya Sri Pahang akan bangkit untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan liga,” katanya.
Untuk rekod semasa, Sri Pahang kini berada di kedudukan ke-10 dalam saingan Liga Super 2022 setelah mengutip lapan mata daripada sembilan perlawanan dihadapi.
Mereka juga telah menandatangani tiga import baharu untuk mengukuhkan skuad ketika jendela perpindahan kedua lalu dibuka iaitu Kevin Igresso, Sherzod Fayziev, serta Steven Rodriguez untuk menggantikan tiga lagi pemain kurang menyerlah sebelum itu bersama pasukan.
Don't forget about us, we're training too. 😉#SriPahang#WhereLegendsAreBorn #hakkaClo#extrajossmalaysia pic.twitter.com/Yr0AnbR13N
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) June 10, 2022
Billy Ketkeophomphone, Jonathan Martial, dan Mahmoud Za’tara merupakan tiga pemain import telah dilepaskan Sri Pahang sambil mereka mengekalkan Mamadou Samassa serta Manuel Hidalgo.