Malaysia ‘Tapau’ Semua Hak Penganjuran Kejohanan Asia Untuk Edisi 2022

Persatuan Bolasepak Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan yang musim 2022 akan menjadi tahun yang gemilang apabila pelbagai kejohanan akan dianjurkan di negara kita.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 yang keempat, badan induk bola sepak negara telah mengesahkan kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan diadakan di Malaysia.

Untuk Liga Juara-Juara AFC (ACL), pertandingan bagi zon timur melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan diadakan di Malaysia.

JDT akan bersama-sama Kawasaki Frontale (Jepun), Guangzhou FC (China) dan pemenang antara Buriram United (Thailand) atau Daegu (Korea Selatan) akan berentap di Malaysia untuk mencari tempat ke pusingan kalah mati.

Kesemua perlawanan itu akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin.

Sementara Kuala Lumpur City juga akan menjalani kempen Piala AFC mereka di Malaysia.

Juara Piala Malaysia itu bertemu Tampines Rovers (Singapura) dan PSM Makassar (Indonesia) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras.

Terdapat dua perbezaan dalam aksi JDT dan KL City iaitu johan Liga Super 2021 itu akan memulakan saingan seawal bulan April.

Sementara skuad Warga Kota akan memulakan perjalanan Asia mereka pada bulan Jun.

Tambahan pula, saingan peringkat kumpulan ACL akan dijalanakan secara dua pusingan sementara hanya satu pusingan untuk Piala AFC.

Jumpa anda di Bukit Jalil!

Berita baik buat penyokong Harimau Malaya, aksi peringkat akhir untuk kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan di Kuala Lumpur!

FAM mengesahkan aksi kumpulan E melibatkan skuad kebangsaan, Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh akan diadakan di Kuala Lumpur dengan Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka bakal menjadi lokasi pilihan.

Ini merupakan peluang terakhir Harimau Malaya untuk pergi ke Piala Asia yang menyaksikan pusingan akhir ini memberikan kelayakan kepada semua juara kumpulan termasuk lima naib juara terbaik menyertai pertandingan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN