Piala FA: Status Pasukan Liga M3 Tak Halang Perlis United Cipta Kejutan

Perlis United

Perlis United membuktikan status sebagai pasukan dari Liga M3 bukan sebagai halangan untuk mereka melangkah ke pusingan kedua Piala FA.

Ketua jurulatih Perlis United, Azizul Abidin menghamburkan pujian kepada pemain-pemainnya yang mampu mengikut arahan taktikal selain faktor rezeki dan tuah menyebelahi mereka bagi mencipta kemenangan 2-0 ke atas PDRM di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Malah, beliau menyifatkan sepakan penalti PDRM oleh Mirbek Akhmataliev yang diselamatkan penjaga gol, Hairol Fazreen pada minit ke-71 menjadi titik penting dalam perlawanan berkenaan.

“Ini semua berkat usaha pemain-pemain apabila berjaya mengikut perancangan yang diatur apabila mereka dapat memadatkan bahagian tengah untuk menyukarkan gerakan pemain lawan.”

“Dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku dan walaupun kami ketahui PDRM sebuah pasukan yang bagus, disiplin serta usaha keras pemain membawa kami ke sini.”

“Memang rezeki nyata berpihak kepada kami apabila penalti yang dimiliki PDRM dapat diselamatkan penjaga gol.”

“Di pusingan seterusnya, kita memang mahu jumpa pasukan yang lebih baik bagi berikan pengalaman kepada pemain muda kerana dengan cara sebegini,mereka boleh lagi meningkat.”

“Saya juga mahu rakamkan penghargaan kepada penyokong Perlis yang sentiasa mendokong kami sejak hari pertama berlatih malah ada yang berikan sumbangan peribadi demi kemajuan pasukan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, dua jaringan menarik dari Azrizan Ahmad dan Faizal Kadir,masing-masing pada setiap babak memastikan Perlis United mencipta kejutan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Penjaga gol Perlis United, Hairol Fazreen Abu Hassan, mengakui dia sememangnya mahu menyelamatkan penalti yang diperolehi pasukan lawan selepas mereka berjaya mendahului di separuh masa pertama.

“Dalam situasi itu, saya memang tidak fikir apa-apa kecuali mahu memastikan sepakan penalti itu dapat diselamatkan kerana saya tahu, situasi itu boleh mengubah permainan.”

“Memang rasa puas hati kerana berjaya melakukannya malah rakan-rakan begitu berdisiplin sepanjang perlawanan demi memastikan kami mampu muncul sebagai pemenang.”

“Sebagai anak jati Perlis, saya sememangnya berbangga kerana dapat membawa pasukan ini mara ke pusingan seterusnya.”

“Harap lebih ramai lagi peminat Perlis akan berikan sokongan kepada kami dalam usaha menaikkan kembali nama pasukan di Liga Malaysia,” katanya.

Perlawanan lain menyaksikan satu lagi wakil Liga M3, Manjung City hampir melakukan kejutan ke atas pasukan Liga Super, Sri Pahang apabila berjaya mengikat lawan seri tanpa jaringan sehingga berakhir masa tambahan namun tewas 5-4 menerusi sepakan penalti.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN