“Saya Gembira Kerana Sri Pahang Layak Ke Pusingan Seterusnya”- Christophe Gamel

Christophe Gamel selaku pengendali utama Sri Pahang menyatakan beliau sudah pun menjangkakan aksi sengit bakal ditampilkan pada perlawanan semalam ketika skuadnya terpaksa berhempas pulas sehingga ke penentuan penalti untuk menewaskan lawan dari Liga M3, Manjung City di Stadium Darul Makmur.

Menurut Gamel, beliau menyatakan perkara tersebut kerana sebahagian besar para pemainnnya baru sahaja pulih dari jangkitan Covid-19 dan mereka juga tidak ada sebarang perlawanan kompetitif sebaik Liga Malaysia (Liga-M) bermula kerana dikuarantin berbanding pasukan lawan.

“Setakat ini, tiga kali Sri Pahang berdepan jangkitan COVID-19 yang turut memberikan kesan terhadap prestasi pasukan. Namun, saya gembira kerana pemain berjaya memastikan Sri Pahang layak ke pusingan seterusnya biarpun keputusan ditentukan menerusi sepakan penalti.

“Saya tetap berbangga kerana kita juga banyak melepaskan peluang untuk menjaringkan gol sepanjang tempoh 120 minit perlawanan,” katanya menerusi Berita Harian.

Dalam perlawanan yang berlangsung semalam, Manjung City berjaya disingkirkan Sri Pahang menerusi penentuan penalti setelah mereka berjaya mempamerkan corak permainan yang sangat menyerlah sepanjang 120 minit berlangsung.

Walaupun tampil dengan empat pemain import yang beraksi di atas padang, nyata Sri Pahang gagal menggunakan peluang yang ada termasuk beraksi di laman sendiri untuk mencipta sebarang gol. Malah, skuad kendalian Gamel ini juga hampir dikejutkan sesekali menerusi percubaan pasukan pelawat.

Dalam aksi penentuan penalti yang mendebarkan, Sri Pahang berjaya menyudahkan semua sepakan tersebut menerusi lima pemain mereka iaitu Billy Ketkeophomphone, Johan Cedric Francois, Muslim Ahmad, Manuel Hidalgo dan Mohammad Azwan Aripin.

Manjung City pula hanya seorang pemain mereka iaitu C. Sasikumar yang gagal menyempurnakan sepakan penalti berbanding empat lagi rakan beliau iaitu Wan Muhammad Izzat Wan Zaidi, Muhammad Faizzwan Dorahim, Muhammad Ikmal Hakim dan Muhammad Sobri Hasri berjaya membolosi gawang yang dikawal oleh penjaga gol import, Mamadou Samassa.

Dalam masa sama, Rafael Isa selaku ketia jurulatih Manjung City nyata berbangga dengan prestasi yang dipamerkan anak buah beliau selain komitmen yang tinggi dipamerkan mereka sepanjang perlawanan.

Jelas beliau, dengan para pemain lawan yang sangat hebat termasuk dibarisi pemain import nyata para pemainnya masih mampu memberi tentangan yang sukar sehingga mengheret tuan rumah ke penentuan penalti.

“Bagi saya, ia memberikan kepuasan terutama memberi pengalaman berharga kepada pemain untuk bermain dengan lebih baik selepas ini.

“Sebahagian besar pemain Manjung City musim ini berumur bawah 25 tahun dan diharapkan prestasi terbaik dapat diterjemahkan dalam saingan Liga M3 musim ini,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN