Debut cemerlang Sumareh menjadi pencetus kebangkitan Harimau Malaya. Sepanjang minggu lalu, cerita bola sepak Malaysia adalah berkisar tentang pemain baharu yang boleh mewakili Malaysia iaitu Sumareh.
Ramai tak sabar mahu melihat debut Sumareh bersama Malaysia. Pemain itu tiba agak lewat ke kem kebangsaan kerana beberapa isu. Namun beliau memastikan ianya tiada masalah.
Peminat bola sepak tanah air terpaksa bersabar sedikit masa lagi kerana Sumareh diletakkan di bangku simpanan. Sumareh masuk pada separuh masa kedua. Dan beliau menjadi nadi kebangkitan pasukan Malaysia.
Harimau Malaya ketinggalan 1 gol di hadapan pada separuh masa pertama hasil jaringan Asela Madushan pada minit ke-29.
Norshahrul yang kembali semula ke pasukan kebangsaan telah menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-65 selepas penjaga gol Sri Lanka melakukan kesilapan.
Selang 11 minit kemudian, Adam Nor Azlin menambah 1 lagi gol untuk Malaysia. Gol menerusi tandukan hasil sepakan penjuru.
Dalam 5 minit terakhir perlawanan, Sumareh menjaringkan 2 gol. Pertamanya adalah defleksi pada pertahanan lawan.
Dan keduanya adalah hasil gandingan dengan seorang lagi pemain simpanan iaitu Akhyar Rashid.
Skuad Tan Cheng Hoe pulang dengan kemenangan 1-4 dalam aksi antarabangsa pertama mereka pada minggu kali ini.
Tahniah di atas debut cemerlang Sumareh. Begitu juga dengan Norshahrul yang sudah lama tak beraksi dalam jersi Harimau Malaya.