ABK 2018, Undi XI Terbaik Anda Sekarang

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK 2018) telah membuka pencalonan dan anda boleh mulai mengundi sekarang.

ABK adalah anugerah tahunan yang mengiktiraf para pemain dan jurulatih (tempatan dan import) yang beraksi dalam kancah bola sepak kita.

Selain daripada mengundi, anda mungkin menjadi insan bertuah menerima jemputan khas ke ABK 2018.

ABK 2018 dalam kenyataan media rasmi mereka menyatakan:

“Anugerah Bolasepak Kebangsaan kembali bagi tahun 2018 dan anda sekali lagi bakal menjadi penentu ‘BEST XI’ kali ini. Seratus peratus di tangan penyokong, anda boleh menetapkan barisan pemain mengikut pilihan anda sendiri.”

“Undian paling tinggi mengikut posisi akan diletakkan sebagai ‘BEST XI’ pada #ABK18 nanti manakala undian tertinggi dalam 11 orang pemain tersebut akan dinobatkan sebagai Pemain Paling Popular 2018.”

“Bukan itu sahaja, undian anda mungkin boleh membawa tuah kerana anda berpeluang menyaksikan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 November ini apabila kami memilih 30 pengundi bertuah untuk menjadi tetamu khas kami di acara berprestij ini nanti!”

Anda boleh mengundi XI Terbaik ABK 2018 Klik disini : XI Terbaik ABK 2018

Tarikh tutup undian pada 21 Oktober 2018, jangan lepaskan peluang anda untuk mengundi pemain yang anda rasakan layak berada di pentas untuk menerima anugerah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN