Syed Saddiq Bertegas KBS Tak Akan Bayar Sesen Pun Untuk Kerosakan AMD

KBS tak akan bayar sesen untuk memperbaiki kerosakan AMD (Akademi Mokhtar Dahari). Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq membuat kunjungan ke AMD.

Syed Saddiq Kecewa Kelemahan Penyelenggaraan & Kemudahan Di AMD. Beliau juga mendedahkan pusat bola sepak itu tidak diurus dengan baik dan banyak sekali kerosakan.

Syed Saddiq menyatakan terdapat 800 kerosakan AMD buat masa ini. Beliau memberitahu yang AMD masih dalam tempoh jaminan kerosakan yang masih laku dalam tempoh 2 tahun.

Syed Saddiq kecewa kerana beliau diberitahu yang laporan kerosakan AMD itu ada dibuat oleh jurulatih. Namun tiada tindakan susulan dibuat selepas itu.

Beliau mendedahkan wajah sebenar di AMD yang jelas memerlukan perhatian segera.

Beliau yakin kerosakan itu akan diperbaiki selepas ini oleh pihak yang bertanggungjawab.

Dipetik dari sumber Mstar Online, beliau berkata:

“Saya dimaklumkan bahawa walaupun selepas jurulatih membuat aduan mengenai kerosakan itu, tiada tindakan yang diambil untuk menyelesaikannya.”

“Jabatan kerja Raya telah tampil dalam kes ini, dan saya percaya ia akan dibaiki.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN