Malaysia Menang 7-0, TMJ Tarik Nafas Lega Dan ‘Claim’ Kemenangan Sulung

Secara teknikalnya, TMJ masih lagi Presiden FAM. Perletakan jawatan baginda akan ditentukan dalam mesyuarat exco yang akan berlangsung esok.

Sebaik sahaja Malaysia menang 7-0 ke atas Bhutan, laman JST terus memuat naik video TMJ yang lega dengan kemenangan Malaysia.

Ini selepas sepanjang pentadbiran baginda, Malaysia masih belum menang sebarang perlawanan. Baginda menghela nafas lega dan berkata tak pedulikan apa kata orang tentang kemenangan kali ini.

Ada beberapa pihak menggelar perlawanan ini adalah antara Malaysia dan pasukan budak sekolah Bhutan. Bagi TMJ, menang adalah menang. Dan lebih melegakan adalah, ada juga kemenangan skuad Harimau Malaya di bawah era baginda menjadi Presiden.

Baginda mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Harimau Malaya di atas kemenangan yang penting untuk motivasi pasukan. Mana taknya, kalau tidak baginda akan meninggalkan FAM dengan 0 kemenangan.

Saksikan gelagat TMJ di sini.

Malaysia menang besar 7-0 ke atas Bhutan. Kapten pasukan, Zaquan Adha menjaringkan 4 gol. 3 lagi gol sumbangan Irfan Zakaria, Syafiq Ahmad dan juga Wan Zack Haikal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN