Ini Sebab Aubameyang Serahkan Penalti Kepada Lacazette

Pierre-Emerick Aubameyang sudah ada 2 gol dan berpotensi untuk meledak hatrik apabila Arsenal dihadiahkan penalti pada minit akhir.

Aubameyang membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-75. Beliau kemudian menambah gol pada minit ke-86.

Ketika Arsenal dihadiahkan penalti kedua, Aubameyang telah menyerahkan tugasan tersebut kepada Lacazette dan ia disempurnakan. Beliau memberitahu wartawan selepas perlawanan.

“Saya tahu Lacazette sudah kembali. Saya sudah pun menjaringkan 2 gol. Jadi, saya berikan beliau peluang itu kepada beliau. Itu untuk keyakinan beliau.”

Sikap Aubameyang itu telah dipuji ramai pihak. Beliau mahu membantu rakannya untuk mendapatkan kembali rentak jaringan.

Arsenal menang 3-0 ke atas Stoke di Emirates untuk meneruskan rekod cemerlang di tempat sendiri musim ini.

Lacazette musim ini hanya menjaringkan 9 gol daripada 29 penampilan. Beliau bergelut dengan prestasi. Termasuk perlawanan menentang Stoke semalam, Lacazette hanya menjaringkan 2 gol dalam 12 penampilan terakhir.

Sebagai perbandingan, Aubameyang sudah menjaringkan 5 gol setakat ini sejak menyertai Arsenal pada pertengahan musim.

Lacazette antara penggempur digeruni ketika di Lyon dengan rekod 100 gol daripada 203 penampilan. Beliau jauh di belakang rekod penjaring kelab big 6 lain dalam EPL.

Mohamed Salah sudah 29 gol musim ini, Harry Kane 24 gol, Aguero 21 gol dan Lukaku 15 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN