5 Bintang Zaquan, Ini 5 Perkara Daripada Kemenangan Malaysia Ke Atas Bhutan

Malaysia menang 7-0 ke atas Bhutan dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan.

1. Kapten Zaq

Zaquan Adha jelas sekali tampil dengan karakter yang sangat baik hari ini. Motivasi, keinginan dan kepimpinan di dalam padang.

Beliau menjaringkan hatrik pertama untuk peringkat antarabangsa. Beliau turut menambah 1 gol dan 1 bantuan gol untuk melengkapkan aksi 5 bintang.

Pemain terbaik perlawanan dan pembawa pulang bola perlawanan, itu sudah pasti.

2. Nazmi Faiz

Pemain ini jelas sekali sudah bersedia untuk menjadi perancang tengah utama skuad Malaysia. Sebelum ini ramai yang agak gusar tentang kecergasan dan ketajaman beliau kerana kurang aksi kompetitif musim ini.

Namun untuk pemain seperti Nazmi, beliau dah buktikan beliau masih ada kualiti. Beliau meneruskan aksi yang baik seperti mana aksi menentang Lubnan. Beliau juga bermain dalam posisi yang lebih ke bawah pada separuh masa kedua.

Namun jangan jadikan ini alasan untuk anda mengatakan pemain yang kurang minit pun tak apa. Untuk Nazmi Faiz ianya adalah kes terpencil/special case kali ini.

Minit perlawanan tetap penting. Harap beliau akan lebih mendapat minit selepas ini.

3. Kesilapan pertahanan

Masih ada isu kesilapan pertahanan yang mudah. Namun lawan kita malam ini tiada kemampuan untuk menghukum kita.

Aspek ini harus digariskan secara teliti oleh Tan Cheng Hoe. Sukar untuk menilai aksi pertahanan kerana lawan Malaysia malam ini terlalu kurang ancaman. Khairul Fahmi tidak menangkap bola lebih daripada sejam.

4. Malaysia akhir kemarau, Bhutan terus kemarau

Perlawanan pada hari ini menemukan 2 pasukan yang kemarau kemenangan yang sangat lama. Kali terakhir Bhutan menang adalah pada 10/10/2016. Dan kemarau itu berterusan.

Malaysia mengakhiri kemarau kemenangan sejak 20/11/2016. Ianya lebih setahun 4 bulan yang lalu. Satu kemenangan yang penting untuk motivasi pasukan.

Mungkin akan ada akan berkata, sekadar Bhutan. Jangan lupa sebelum ini kita gagal menewaskan Mongolia yang berada di ranking jauh lebih rendah daripada kita.

5. Penyudah yang tajam

Malaysia sangat klinikal di hadapan gol pada hari ini. Mereka menyempurnakan 5 percubaan tepat pertama mereka berhdapan dengan pasukan yang ‘huru-hara’ di pertahanan. 7 daripada 10 percubaan tepat

Malaysia melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Syafiq Ahmad terus membuktikan beliau adalah super sub yang baik. 2 perlawanan terakhir dengan 2 gol daripada tandukan. Irfan Zakaria turut menjaringkan gol sulung antarabangsa beliau.

Sebagai rekod Bhutan melepaskan 44 bolos dalam 7 perlawanan terakhir mereka. Ini adalah kali kedua berturut-turut mereka tewas 7-0.

Tahniah Malaysia

Tahniah Harimau Malaya di atas kemenangan besar malam ini. Dah lama kami tidak menulis serta anda membaca artikel kemenangan skuad Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN