Malaysia bawah 23 (B-23) berjaya meneruskan langkah positif mereka dalam aksi kelayakan Piala Asia Bawah B-23 2024 di Chonburi selepas kali ini mereka menjadikan Filipina pula sebagai mangsa amukan.
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya menewaskan Filipina dengan jumlah jaringan besar 4-0 dalam aksi yang berlangsung pada waktu petang di Stadium Chonburi, Thailand.
GOOLLL!!!
T. Saravanan 61’⚽️ FILIPINA 🇵🇭 0-4 🇲🇾 MALAYSIA#FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/xsoKSwqiBI
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 9, 2023
Empat jaringan Malaysia diperoleh menerusi dua gol peribadi oleh T. Saravanan, Mukhairi Ajmal, serta Harith Haiqal untuk menutup cabaran pasukan lawan.
Seawal permainan berlangsung menyaksikan tonggak tengah negara iaitu Mukhairi Ajmal terlebih dahulu memberi keceriaan buat kem negara, selepas pemain tersebut meledak gol sulung perlawanan hasil kesilapan pertahanan pasukan lawan.
Malaysia jelas tampil dengan persediaan begitu rapi, setelah cemerlang menguasai permainan untuk terus mencipta beberapa peluang berbahaya di hadapan gawang gol lawan.
Skuad kebangsaan terus membuktikan ketajaman mereka pada perlawanan ini, selepas giliran T. Saravanan pula hadir menewaskan penjaga gol Filipina menerusi rembatan deras kaki kanan dari dalam kotak penalti pada minit ketujuh.
Malaysia terus menguasai permainan dengan hantaran-hantaran pendek dibuat kini selepas berjaya meraih dua gol dalam tempoh tujuh minit perlawanan bermula.
Tanpa Aliff Izwan serta Alif Ikmalrizal, gandingan membabitkan Luqman Hakim bersama T. Saravanan jelas tidak merencatkan posisi utama serangan pasukan negara ketika ini.
Sesekali Filipina hadir dengan siri penguasaan bola untuk turut mencipta peluang bagi mendapatkan gol sulung mereka, namun ianya berjaya dinafikan begitu positif oleh barisan pemain muda negara.
Pertahanan muda Selangor, terus menambah derita buat Filipina menerusi gol ketiga dihasilkan beliau buat Malaysia pada perlawanan ini menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-24.
Sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama perlawanan, tiada sebarang gol tambahan terhasil buat Malaysia dengan instensiti permainan ditampilkan sedikit perlahan.
Bersambung di separuh masa kedua, beberapa rombakan kecil dibuat oleh E. Elavarasan untuk terus menambah sengat di segenap posisii bagi mengatasi cabaran cuba dicipta oleh lawan.
Malaysia akhirnya memperoleh gol keempat menerusi bintang sayap berbisa mereka iaitu T. Saravanan selepas menerima umpanan baik daripada Fergus Tierney pada minit ke-61 sebelum digantikan khidmatnya oleh pemain gantian.
Kelayakan Piala Asia B-23 2024 | 🇵🇭 vs 🇲🇾
Gol!!!
61' Saravanan#HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/9NKabVozh0— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 9, 2023
Berbaki 10 minit akhir perlawanan sebelum wisel penamat dibunyikan, jelas Malaysia terus mendominasi perlawanan dengan beberapa siri serangan bertali arus dilancarkan untuk memburu jaringan kelima mereka.
Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan kedua berpihak buat Malaysia dengan jumlah jaringan lebih besar kali ini untuk terus mencerahkan peluang pasukan negara ke pentas Asia tahun hadapan dengan sebelum itu perhitungan terakhir bakal dibuag mereka untuk menghadapi cabaran Thailand.
Kesebelasan utama
Filipina: Dimitri Macapagal (Penjaga gol), John Lucero, Kamil Jaser Amirul, Patrick Grogg, Gavin Muens, Yrick Gallantes (Kapten), Dov Carino, Jaime Rosquillo, John Loyd Jalique, Antoine Ortega, Pocholo Bugas
Malaysia: Azim Al Amin (Penjaga gol), Muhammad Ubaidullah Shamsul, Ruventhiran Vengadesen, Harith Haiqal Adam, Muhammad Azam Azmi, Muhammad Mukhairi Ajmal (Kapten), Saravanan Thirumugan, Luqman Hakim Shamsudin, Nooa Laine, Ahmad Zikri Khalili, Fergus Tierney