Faisal Halim Antara Sandaran Penting Kim Pan-gon Untuk Berdepan China

Penyerang lincah Harimau Malaya iaitu Faisal Halim antara bakal mencuri tumpuan untuk aksi persahabatan Tier 1 seterusnya menentang China dalam misi mereka bagi mendapatkan keputusan positif di Chengdu.

Untuk aksi lalu, Malaysia berjaya memulakan aksi persahabatan mereka dengan cemerlang di Stadium East-Town Football Park, Chengdu, China dengan mengikat seri salah satu gergasi di Asia iaitu Syria menerusi keputusan penuh 2-2.

Walaupun terlebih dahulu ketinggalan dengan 0-2 kepada pasukan lawan, siri kebangkitan berjaya dicatat oleh Malaysia yang tampil dengan begitu bertenaga untuk mendapatkan kembali dua gol berharga.

Dua jaringan tersebut berjaya dilakar menerusi pemain sayap gantian, Akhyar Rashid serta penyerang berbisa Malaysia iaitu Darren Lok di penghujung babak separuh masa kedua.

Antara pemain tumpuan pada petang ini untuk petang ini bertemu China pastinya terarah kepada pemain serangan lincah, Faisal Halim yang dijangka mampu menyerlah bagi menghadapi cabaran lawan.

Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol atau mencipta bantuan jaringan, secara keseluruhan Faisal tampil selaku pemain paling menyerlah di posisi hadapan untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Malah, pemain kelahiran Penang ini juga mempunyai beberapa peluang untuk meledak gol selain kelincahannya memastikan posisi serangan negara sentiasa aktif sejak awal perlawanan berlangsung.

Dijangka Kim pastinya akan terus mempertaruhkan Faisal selaku pemain utama negara di posisi serangan bagi menghadapi kekebalan benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

Darren Lok

Penyerang berbisa negara ini dibawa masuk pada separuh masa kedua bagi menggantikan khidmat Paulo Josue pada aksi lalu ketika mereka berdepan Syria.

Secara keseluruhan, Darren berjaya memberi impak cukup besar selaku penyerang utama negara selepas turut mencatat nama selaku penjaring gol penyamaan buat Malaysia.

Kerajinan Darren dalam membuka ruang serta bijak mencipta tekanan kepada pasukan lawan menjadikan dirinta selaku suatu aset penting buat Kim bagi menghidupkan lagi jentera hadapan negara.

Dion Cools

Aset pertahanan negara ini terus tampil unggul dengan mempamerkan kualiti permainan cukup baik di posisi pertahanan serta cemerlang memberi sokongan kepada jentera serangan negara.

Berkebolehan beraksi di serata posisi, Cools sememangnya berjaya memainkan peranan penting untuk menjayakan terapan taktikal yang diatur oleh Kim setiap kali nama beliau dipanggil.

Selain bijak menggunakan fizikal beliau untuk menghadapi pertarungan bola di udara, Cools juga merupakan antara pemain yang mempunyai kualiti cukup tinggi dalam membuat hantaran silang tepat ke dalam petak penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN