Aliff Izwan Kunci Utama Malaysia B-23 Untuk Atasi Filipina

Penyerang muda Malaysia B-23, Aliff Izwan Yuslan antara pemain tumpuan utama untuk aksi kedua kelayakan Piala Asia 2024 peringkat Kumpulan H dengan perhitungan seterusnya berdepan Filipina.

Sebelum itu, Malaysia memulakan kempen saingan kelayakan tersebut dengan langkah kanan setelah berjaya menumpaskan cabaran Bangladesh menerusi keputusan penuh 2-0.

Walaupun menerima pelbagai kritikan di media sosial, skuad kendalian E. Elavarasan tidak putus asa untuk membuktikan mereka mampu untuk mencipta kejayaan atas nama Malaysia.

Dua gol Malaysia sebelum itu diledak menerusi Aliff Izwan yang berjaya mencipta jaringan cukup berkualiti tinggi, sebelum Fergus Tierney meranapkan impian lawan hasil gol kedua pada penghujung separuh masa pertama.

Pada aksi tersebut, Aliff menampilkan aksi yang cukup bertenaga untuk menghidupkan barisan serangan menerusi kerajinan beliau serta dilihat kreatif menyusun pergerakan biarpun masih muda.

Sejak saingan Piala AFF lalu, Aliff merupakan antara pilihan utama Elavarasan kerana pemain ini mampu menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan lain di posisi serangan walaupun ada perubahan dibuat.

Selain itu, penyerang muda ini memiliki kebolehan cukup tinggi untuk meledak gol dari pelbagai arah serta bijak melepaskan umpanan buat rakan sepasukan lain.

Fergus Tierney

Selain Aliff, nama Tierney antara yang sangat menyerlah selepas beberapa kali dipanggil untuk membantu pasukan negara pada tahun ini.

Tierney merupakan peledak gol kedua buat pasukan negara pada saingan lalu, dan kehadiran pemain ini di posisi serangan sering memberi impak cukup positif.

Kelebihan Tierney terarah kepada fizikal beliau yang tegap serta tinggi untuk menafikan pertahanan lawan serta memiliki teknik penyudah yang cukup klinikal di hadapan gawang gol.

Malah, Tierney sendiri antara pemain yang memiliki kreativiti tersendiri untuk membuka ruang serangan serta mudah menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan lain dalam setiap perlawanan dihadapi.

Azam Azmi Murad

Pertahanan muda tersebut dijangka akan terus dikekalkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan pada petang ini untuk memberi keseimbangan buat pasukan di dua posisi berbeza.

Azam merupakan antara pertahanan muda yang mempunyai karakter cukup bagus untuk menghadapi situasi bertahan serta mampu membantu serangan menerusi kualiti hantaran lintang dibuat.

Malah, beliau antara pemain yang sebelum ini beraksi bersama skuad senior dan mempunyai pengalaman untuk membantu para pemain muda lain menghadapi tekanan dalam mana-mana perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN