Ultras Malaya telah menaikkan tifo yang memberi mesej kepada skuad kendalian Kim Pan-gon itu supaya berusaha layak ke Piala Asia.
Skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan Turkmenistan 3-1 dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.
Safawi Rasid, Faisal Halim dan La’Vere Corbin-Ong berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini, seterusnya membantu Malaysia mengutip tiga mata penuh.
Penyokong tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya menaikkan tifo gergasi sebelum sepak mula aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di antara Malaysia dan Turkmenistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
📸 Ahmad Nazrin/BERNAMA pic.twitter.com/8Ub4H7Rdyn
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 8, 2022
Tidak ramai yang menjangkakan yang skuad kendalian Kim Pan-gon itu akan mampu mencatatkan kemenangan mudah menewaskan Turkmenistan malam semalam.
Rata-rata peminat beranggapan Malaysia mungkin akan mampu mencatatkan kemenangan tipis atau setidak-tidaknya seri dalam perlawanan tersebut.
Walau bagaimanapun, Pan-gon berjaya membuktikan yang beliau sememangnya memiliki ramuan yang cukup hebat untuk membantu skuad negara mencatat kemenangan selesa dalam perlawanan ini.
Malaysia juga turut dominan dalam perlawanan ini dan boleh dikatakan setiap pemain berjaya memainkan peranan masing-masing dengan sangat sempurna.
Lain macam tifo. 👀#KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/cg6NvspqVD
— Team Malaysia (@TeamMsia) June 8, 2022
Peminat bingung memikirkan maksud sebalik nombor 7 dan 9 pada tifo Ultras Malaya
Ketika para pemain menyanyikan lagu kebangsaan sebelum aksi sepak mula perlawanan, Ultras Malaya telah menaikkan satu tifo yang telah mencetuskan persoalan di kalangan peminat.
Nombor tujuh dan sembilan yang jelas tertera pada tifo gergasi itu antara yang paling mencuri tumpuan dengan ramai peminat tertanya-tanya apa maksud sebalik nombor tersebut.
Nombor tujuh dan sembilan itu sebenarnya simbolik kepada harapan peminat yang mengharapkan skuad negara akan mampu mengumpul tujuh mata atau sembilan mata untuk layak ke Piala Asia.
Tujuh mata bermaksud Malaysia perlu mencatatkan dua kemenangan dan satu seri dari tiga perlawanan di pusingan kelayakan ini.
Sementara sembilan mata jelas sekali membawa maksud yang para peminat mengharapkan skuad negara akan mampu mencatatkan kemenangan dari ketiga-tiga perlawanan di pusingan kelayakan ini.
Kejutan Ultras Malaya, ‘tifo’ Gergasi Apa Tue https://t.co/zFTqKLKAWC
— Satu Johor (@SatuJohor) June 8, 2022
Malaysia berada di landasan terbaik
Malaysia pada ketika ini sedang berada di landasan terbaik untuk layak ke Piala Asia selepas kejayaan mereka menewaskan Turkmenistan malam semalam.
Skuad kendalian Kim Pan-gon itu selepas ini akan turun beraksi bertemu Bahrain pada 11 Jun nanti sebelum turun beraksi bertemu Bangladesh pada 14 Jun nanti.