Mahkamah Arahkan Neymar Bayar Saman Kepada Barcelona

Neymar Jr. Strapping Tape

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Neymar Jr. kini terpaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada Barcelona selepas kalah kes mahmakah di tangan kelab La Liga itu.

Menurut laman Goal, bintang Brazil itu diarahkan oleh Mahkamah Sosial 15 Barcelona untuk membayar sejumlah €6.7 juta kepada kelab itu selepas pemain itu mendakwa bekas kelabnya berhutang dengannya mengenai soal pembayaran bonus.

Beliau mendakwa yang sebelum ini Barcelona berhutang dengannya soal pembayaran bonus dengan tunggakan bayaran sebanyak €43.6 juta.

Namun begitu, keputusan mahkamah bertindak sebaliknya selepas pemain itu menfailkan tuntutan tersebut pada 2017.

Di pihak Barcelona, mereka menyambut baik keputusan yang dilakukan oleh mahkamah tersebut.

“Kami menyambut baik keputusan yang dilakukan oleh mahkamah mengenai kes melibatkan pihak kelab serta pemain tersebut dalam melakukan tuntutan bonus ketika beliau menandatangani pembaharuan kontrak.”

“Keputusan mahkamah menafikan keseluruhan tuntutan pemain sebanyak €43.6 juta, sebaliknya beliau perlu membayar kepada pihak kelab sebanyak €6.7 juta.”

Sebelum ini, beliau menandantangani kontrak lanjutan bersama-sama Barcelona pada 2016 dan sepatutnya menerima bonus dari Barcelona.

Akan tetapi, pembayaran bonus itu dikira terbatal selepas beliau memilih untuk meninggalkan kelab tersebut pada tahun berikut dan kerana itulah Neymar melancarkan tuntutan tersebut.

Kes ini pernah dibawa ke pengetahuan pihak FIFA akan tetapi badan induk bola sepak dunia itu tidak mengambil sebarang tindakan pada 2018.

Pemain kebangsaan Brazil itu boleh melakukan rayuan mengenai keputusan ini.

Baca juga artikel kami mengenai Neymar Jr.:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN