Barcelona Sedia Tawar Griezmann Kepada PSG Untuk Dapatkan Neymar

Griezmann Neymar

Musim pertama yang serba tidak menjadi buat Antoine Griezmann di Barcelona telah menyebabkan kelabnya itu bersedia untuk melepaskan pemenang Piala Dunia 2018 itu tersebut kepada kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sebagai ‘umpan’ untuk kembali mendapatkan bekas pemainnya, Neymar.

Hasrat kelab Catalan itu untuk membawa pulang Neymar bukanlah perkara baharu. Sky Sports turut melaporkan, Barcelona juga kini berminat untuk membawa masuk penyerang Inter Milan, Lautaro Martinez bagi menambah bisa serangan bersama Lionel Messi dan Luis Suarez.

Ianya mungkin satu langkah terdesak memandangkan Real Madrid juga dikatakan berusaha keras untuk membawa bintang Brazil itu ke Santiago Barnabeu pada musim panas ini.

Kapten Bercelona, Messi pada minggu lepas telah mengumumkan beliau dan rakan sepasukannya bersetuju untuk membuat pemotongan gaji sebanyak 70 peratus bagi membantu kelabnya mengukuhkan kewangan berikutan krisis pandemik wabak coronavirus (COVID) yang sedang melanda ketika ini.

Messi telah beberapa kali dilihat tidak sehaluan dengan lembaga pengarah Barca dalam tempoh beberapa bulan sejak kebelakangan ini dan beliau juga merupakan segelintir pemain yang kecewa apabila pasukannya gagal mendapatkan semula Neymar semasa tempoh perpindahan pada musim panas yang lepas.

Barcelona ketika itu sememangnya berhasrat untuk membawa pulang Neymar ke Nou Camp, namun mereka baru sahaja mendapatkan Griezmann dari Atletico Madrid dengan harga €120 juta.

Griezmann bagaimanapun masih optimis dengan masa depannya bersama kelab dan mengatakan beliau akan terlibat sama dalam mempromosikan jersi baharu Barcelona untuk musim depan.

Tetapi sekiranya Griezmann kekal di Barca, beliau berkemungkinan akan menjadi penyerang pilihan keempat atau kelima jika kelab Sepanyol itu berjaya membawa masuk Neymar dan Lautaro Martinez sementara Messi dan Suarez masih kekal sebagai pilihan utama.

Pemain berusia 29 tahun itu hanya menjaringkan lapan gol sahaja dalam 26 penampilan La Liga pada musim ini. Selain itu beliau telah menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), tiga gol untuk Piala Raja-Raja Sepanyol dan satu gol dalam Piala Super Sepanyol.

Barcelona juga dilaporkan masih berusaha untuk memperbaharui kontrak Messi dalam tempoh terdekat, bagaimanapun pemain antarabangsa Argentina itu tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan memandangkan baki kontraknya masih ada lebih dari setahun.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Griezmann dan Bercelona:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN