Harimau Malaya Yang Pernah Beradu Kekuatan Menentang Pasukan Liga M

Harimau Malaya Malaysia Kelantan Persahabatan 2012

Selain menentang kelab Eropah, skuad kebangsaan dahulu turut ‘terkenal’ dengan perlawanan menentang pasukan yang bersaing di Liga Malaysia (Liga M) bermula tahun 2009, setahun sebelum Harimau Malaya menjulang trofi Kejohanan AFF.

Ketika itu, ia mengundang persepsi kurang baik buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana kerap mengatur aksi persabahatan menentang kelab tempatan selain persahabatan menentang negara kurang baik seperti Bangladesh dan Maldives.

Sehinggakan FAM menerusi Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Azuddin Ahmad terpaksa memanggil satu sidang media khas untuk menjelaskan isu perlawanan persahabatan yang dikatakan kurang memberi impak terhadap Harimau Malaya.

Walaubagaimanapun, dalam sidang media tersebut yang turut dibekalkan kepada wartawan adalah surat menyurat pelawaan untuk mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan seperti Thailand, telah menampakkan kepincangan FAM.

Antaranya adalah surat jawapan balas FA Thailand yang terpaksa menolak pelawaan Malaysia dek kerana aksi persahabatan tersebut dijadualkan akan berlangsung di luar jadual yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

FAM jelas dilihat tidak mencari lawan buat skuad kebangsaan untuk satu tempoh masa dan hanya membuat pelawaan kepada beberapa negara di saat-saat akhir selain tidak mengikut jadual perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan oleh FIFA.

Natijahnya, skuad kebangsaan terpaksa melalui aksi persahabatan menentang pasukan-pasukan tempatan sahaja ataupun negara yang mungkin tidak terlalu ambil pusing mengenai jadual FIFA tersebut seperti Bangladesh dan Maldives.

Paling sukar diterima oleh para penyokong pada ketika itu adalah apabila skuad kebangsaan akhirnya tunduk kepada pasukan tempatan antaranya pernah tewas kepada Selangor, Sabah serta diikat oleh Sarawak dengan keputusan seri.

Selain itu, Malaysia turut pernah ditipu ketika aksi menentang Zimbabwe pada Julai 2009. Malaysia menang kedua-dua aksi persahabatan tersebut, 4-0 dan 1-0. Skuad kebangsaan yang dikatakan Zimbabwe itu adalah kelab Monomotapa United.

Begitupun, ada juga perkara positif yang berlaku sepanjang tempoh tersebut iaitu Malaysia memenangi Kejohanan AFF Suzuki 2010, yang merupakan kejuaraan pertama skuad negara di kejohanan serantau itu selepas lapan edisi dilangsungkan.

Antara pasukan tempatan yang pernah ditandingi oleh barisan skuad kebangsaan bermula pada 2009 adalah Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, FELDA United, Selangor, Sabah, PDRM FA, Sarawak, Kelantan dan beberapa lagi pasukan.

Ia boleh dikatakan berlaku sejak Datuk K. Rajagobal mengambil alih selaku pengemudi skuad kebangsaan iaitu selepas B. Satiananthan berundur daripada jawatan tersebut apabila tewas besar 0-5 kepada UAE pada Januari 2009.

K. Rajagobal merupakan pengendali skuad B-23 negara dan telah membawa naik skuad mudanya yang ketika itu diwakili oleh Safiq Rahim, Farizal Marlias, Baddrol Bakhtiar, Muslim Ahmad, dan yang lain sebagai pemain skuad senior.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, FAM dilihat lebih tersusun dalam mengatur aksi persahabatan buat Harimau Malaya dan telah mengikut aturan jadual FIFA seterusnya membantu skuad negara memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Berikut adalah antara keputusan perlawanan skuad kebangsaan menentang pasukan-pasukan Liga M sepanjang 2009 hingga 2012:

  • Ogos 2009: Malaysia 3-1 Kedah (Zaquan Adha, Amirulhadi Zainal dan Nosrshahrul Idlan Talaha)
  • November 2009: Malaysia 2-1 Kuala Lumpur (Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim)
  • November 2010: Malaysia 2-3 Selangor (Faizal Abu Bakar, K. Gurusamy)
  • Disember 2010: Malaysia 2-0 Kuala Lumpur (Amri Yahya, Khyril Muhymeen)
  • Disember 2010: Malaysia 2-0 FELDA United (Ashaari Samsudin, Safee Sali)
  • Jun 2011: Malaysia 1-3 Sabah (Abdul Hadi Yahya)
  • Ogos 2011: Malaysia 0-1 Selangor
  • November 2011: Malaysia 2-0 Negeri Sembilan (Safiq rahim, Shahrizal Mohd Saad)
  • Februari 2012: Malaysia 5-0 Kelantan (Asraruddin Putra Omar, Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan, Abdul Hadi, Izuan Salahuddin)
  • Februari 2012: Malaysia 1-0 Sabah (Amar Rohidan)
  • Mac 2012: Malaysia 1-1 Sarawak (Venice Elphi)
  • Mei 2012: Malaysia 2-1 FELDA United (Amar Rohidan, Shahurain Abu Samah)

KREDIT FEATURED IMAGE: SHAZLI SHAMSUDDIN/DUNIA WARRIORS

Baca artikel lain berkaitan Harimau Malaya:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN