Ada sahaja yang tak kena buat Sri Pahang FC. Kali ini pengendali baharu, Thomas Dooley pula ‘berbunyi’ mengenai kemudahan fasiliti yang dimiliki pasukan.
Katanya kepada NST, “Anda mahu pemain-pemain itu beraksi depan 80,000 penonton tetapi mereka perlu basuh baju sendiri dan tukar baju dalam kereta. Anda boleh melihat situasi itu di Divisyen 8 Jerman dan ini adalah liga terbaik di Malaysia.”
Sebelum ini, Sri Pahang berdepan pelbagai masalah dan merupakan antara pasukan yang misteri dalam saingan liga. Tiada kemaskini terkini mengenai pasukan daripada media rasmi menyaksikan tiada sesiapa pun tahu, apa yang berlaku kepada mereka.
TMJ Kecewa Fasiliti Pasukan Liga Malaysia, Mahu MFL Perketat Peraturan – https://t.co/Jr7Uw9gu8O pic.twitter.com/oPQroaWU94
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 21, 2018
Sri Pahang tak bimbang
Skuad Tok Gajah terlibat dalam aksi pemanas badan, Piala Bandaraya Shah Alam (Piala BSA) 2021 yang melibatkan tiga pasukan termasuk juara edisi ini, Terengganu FC II dan UiTM FC. Sri Pahang telah tampil menggantikan Perak FC pada saat akhir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammed Suffian Awang, beliau berpuas hati dengan pencapaian mereka yang sekadar muncul naib juara. Baginya, mereka akan tampil dengan prestasi sebenar sebaik saingan Liga Super bermula nanti.
“Saya tidak kecewa dengan keputusan itu kerana penyertaan itu lebih kepada aksi aksi pemanas badan sebelum liga bermula nanti. Pada masa sama, Sri Pahang menggantikan Perak FC yang tidak dapat bermain pada saat akhir,” ulas Suffian lagi.
Dalam kejohanan pemanas badan itu, mereka merekodkan keputusan seri 2-2 ketika berdepan TFC II, disusuli seri tanpa jaringan dengan UiTM FC.
Mana nak letak muka ni, ya Allah..https://t.co/HkWOYmVnAA
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) February 26, 2021
Suara lantang Thomas Dooley
Thomas Dooley hadir dengan reputasi besar dan memiliki falsafah bola sepaknya yang tersendiri. Sebagai lagenda bola sepak Amerika Syarikat, beliau sangat dikenali dan beliau juga nampaknya agak lantang dalam menyuarakan pendapat kepada media.
“Saya datang dan melihat padang latihan, tidak kelihatan tempat menukar pakaian. Ia cuma padang latihan dengan air memancut keluar daripada dinding.
“Saya bertanya, di mana bilik persalinan dan jawapan yang saya dapat ‘kami tiada bilik persalinan’. Soalan saya seterusnya, di mana pemain menukar pakaian mereka dan saya turut diberitahu yang mereka juga perlu basuh sendiri pakaian mereka.
“Dan saya katakan [kepada mereka], ini perlukan perubahan,” jelas Thomas Dooley sambil berkata yang perkara ini sering diambil mudah pasukan yang merasakan ia isu kecil. Tetapi, perubahan kepada perkara kecil ini memberikan impak yang besar.
#NSTsports WHEN Thomas Dooley signed up as coach of Sri Pahang FC, he had little idea of the "poor" training facilities of many of the teams in the M-League.#SriPahang #Football #ThomasDooley #Bundeliga #MLeague https://t.co/do6oeJwU2E
— New Straits Times (@NST_Online) February 26, 2021
Kan TMJ pernah kata dah
Ketika menjadi pengerusi Malaysian Football League (MFL), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim pernah berkata yang beliau malu melihat kemudahan yang dimiliki oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Memetik kenyataan yang dikeluarkan pada 2018, TMJ tampil mengulas mengenai isu ini, “Sebagai pengerusi MFL, saya malu mengenai kemudahan fasiliti itu, terutamanya apabila saya melihat negara jiran kami seperti Indonesia dan Thailand.”
“Ramai yang mahu perubahan dalam senario bola sepak tetapi itu hanya sekadar percakapan dan tiada sebarang tindakan. Inilah masalah apabila stadium dimiliki oleh kerajaan negeri. Pemain dibiarkan menukar persalinan pakaian mereka di kawasan terbuka,” ujar TMJ lagi mengenai isu kemudahan fasiliti yang mengecewakan.
Oleh itu, sepatutnya penswastaan akan membawa kebaikkan kepada semua pasukan sekiranya ia diuruskan dengan betul. Baru-baru ini heboh soal stadium dalam isu penswastaan Kedah Darul Aman yang menampakkan, isu kemudahan fasiliti sebegini tidak akan selesai selagi pihak pengurusan tidak berubah corak pemikiran mereka.
Thomas Dooley menekankan yang beliau bukannya mengeluh mengenai situasi Sri Pahang, beliau gembira berada di sana. Katanya, “Anda [pengurusan] boleh melakukan yang lebih baik, buat perubahan dan ia melibatkan juga perkara kecil sebegini.”
KREDIT FEATURE IMAGE: VOCKET FC
Baca lagi artikel lain mengenai Sri Pahang dan Thomas Dooley:
Sri Pahang Kibar Bendera Putih, Sedar Pasukan Tidak Gah Seperti Dahulu
Adakah Thomas Dooley Bawa Sistem Data Analisis Ke Sri Pahang?
Thomas Dooley Jelaskan Situasi ‘Kekok’ Sri Pahang Sisihkan Sergio Aguero