Kisah Peter Crouch Perasan Dikenali Dianggap Sekadar Peminat Oleh Ronaldo

Peter Crouch bukanlah nama asing di dalam bola sepak Inggeris setelah 21 tahun bergelar pemain. Crouch menghabiskan karier beliau bermain di 11 kelab yang majoritinya di Premier League.

Beliau memulakan karier di Tottenham Hotspur sebelum dipinjamkan ke kelab bawahan iaitu Dulwich Hamlet dan kelab Sweden – IFK Hassleholm.

Kemuncak karier beliau adalah ketika menyertai Liverpool dimana beliau merasai peluang beraksi di perlawanan akhir UEFA Champions League 2007 dan juga memenangi FA Cup pada tahun 2006.

Kelab lain yang turut pernah disertai oleh Crouch adalah seperti  Queens Park Rangers, Portsmouth, Aston Villa, Norwich City dan Southampton.

Memiliki 42 caps bersama skuad antarabangsa England, di luar padang, Crouch sentiasa disenangi kerana personaliti lucu beliau.

Peter Crouch of England

Peter Crouch of England – Peter Crouch dari England. Walaupun nama England tidak dinyatakan, kami yakin sesiapa sahaja mengenali siapa Peter Crouch. Apatah lagi jika anda adalah pengikut bola sepak Inggeris.

Namun demikian, nama Peter Crouch mungkin tidak dikenali di Brazil jika cerita bekas penyerang Liverpool ini mengenai pertembungan beliau bersama Ronaldo Nazario de Lima diambil kira.

Mempunyai ketinggian 6″7, Crouch sebenarnya amat mudah dikenali. Sama ada di kalangan orang ramai ketika bercuti di Ibiza, atau ketika bersama 21 pemain lain di atas padang, kelibat Crouch sentiasa mencuri perhatian orang ramai.

Namun hakikat sebenarnya tidak semua mereka di dalam bola sepak mengenali Crouch. Ditanya oleh wartawan Daily Mail dalam satu temubual siapakah pemain penyerang yang ebeliau ingin digandingkan bersama, Crouch menjawab Il Fenomeno.

“Dennis Bergkamp juga istimewa dan ia pastinya hebar jika boleh bermain bersama. Namun paling saya minati ialah Ronaldo yang original itu,” kata Crouch.

“Saya tidak tahu jika corak permainan kami sesuai untuk digandingkan, tetapi 90 minit aksi bersama pasti amat bermakna.

Pertemuan janggal dengan Ronaldo

Kemudian Crouch bercerita pula mengenai pertemuanya dengan legenda Brazil itu.

“Saya sebenarnya pernah berjumpa beliau sekali. Saya bercuti di Ibiza dan melihat beliau turut berada di pantai. Beliau sedang melayan sebotol bir dan ada bekas abu rokok juga di atas perut.

“Setiap kali beliau habis sebotol bir, supermodel yang bersama beliau akan membawakannya sebotol lagi.

“Ini peluang terbaik untuk saya berselfie dengan Ronaldo, maka saya pergi berjumpa beliau. Saya berharap dia berkata: ‘Oh, awaklah Crouch!’

“Malangnya beliau tidak mengenali saya!. Gambar itu tetap diambil, dan saya terus beredar tanpa beliau mengetahui bahawa saya seorang pemain bola sepak!”

Skertel pertahanan paling sukar

Turut ditanya kepada Crouch ialah pemain pertahanan yang paling sukar beliau pernah berhadapan, dan jawapannya mengejutkan ramai.

“Anda pasti terkejut, tetapi saya akan berkata Martin Skertel akan memberikan anda mimpi ngeri. Saya bersama beliau di Liverpool pada 2008.

“Di luar padang, beliau sangat pendiam, sopan, tetapi mempunyai perwatakan yang berbeza ketika dalam perlawanan.

“Saya pernah beraksi untuk England dan berhadapan dengan Skertel mewakili Slovakia di Wembley pada Mac 2009. Beliau ada tabiat meletakkan stud kasut ke paha anda untuk mendapatkan kelebihan ketika melompat mendapatkan bola.

“Pertama kali, anda tidak peduli. Kali kedua, ia menjengkelkan – kali ketika ia buat anda gila.

“F***ing hell Martin” saya jerit ke arahnya. Ia sudah melampau. “Oh. Crouchie! Sorry, saya tidak melihat kami!” Masalahnya saya tidak boleh mengadu kepada pengadil kerana perhatian pengadil ialah pada bola.

“Benar, anda pasti berpendapat Ronaldo akan melepasi Skertel dengan mudah.”

Penutup

Crouch mungkin bukanlah penyerang terhandal dalam bola sepak, namun fizikal luar biasa sebagai penyerang tinggi lampai serta personaliti lucu beliau akan sentiasa membuatkan semua pihak menyenangi dirinya.

Anda pasti juga tidak akan lupa keraian gol beliau yang seperti robot itu. Aneh sekali Ronaldo tidak mengenali beliau dan ingatkan Crouch seperti peminat yang biasa-biasa sahaja.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain dari kami melalui pautan di bawah:

5 Sebab Yang Boleh Sebabkan FSG Hilang Sabar Dan Pecat Jurgen Klopp Di Liverpool

Haaland vs Mbappe: Statistik & Perbezaan Kualiti Dua Penyerang Handalan Generasi Baharu

10 Pencapaian Paling Mengecewakan Di Premier League Musim Ini

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN