Marseille Lantik Jorge Sampaoli Sebagai Ketua Jurulatih Selepas Singkirkan Villas-Boas

Jorge Sampaoli Marseille

Jorge Sampaoli telah sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu kelab Perancis, Olympique de Marseille bagi menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat.

Jurulatih berusia 60 tahun itu telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2023 dan perlawanan menentang Olympique Lyon pada Ahad ini mungkin menjadi ujian pertamanya jika beliau sempat tiba pada hujung minggu ini.

Sampaoli pernah menjulang Copa America pada 2015 ketika membimbing skuad kebangsaan Chile. Pasukan terakhirnya sebelum ini adalah kelab Brazil, Atletico Mineiro yang sempat dikendalikannya selama semusim.

https://twitter.com/fgfootball_/status/1365022304821014537?s=20

“Sepanjang hidup, saya telah diberitahu Marseille merupakan tempat yang istimewa untuk mereka yang mempunyai impian,” ujar bekas pengurus Sevilla dan Argentina itu.

Dalam pada itu, Marseille turut menamakan Pablo Longoria sebagai pengerusi lembaga eksekutif bagi menggantikan Jacques-Henri Eyruad.

Eyruad sebelum ini teruk dikririk dan menerima tekanan terutamanya dari penyokong mereka sendiri yang menuduhnya mengurus kelab seperti sebuah syarikat dan bukannya pasukan bola sepak sejak mengambil alih jawatan tersebut pada 2016.

Kemuncaknya sekumpulan penyokong tegar Marseille telah memecah masuk pusat latihan pada awal bulan ini bagi memprotes pihak pengurusan kelab dan prestasi buruk pasukan.

Marseille kini menduduki tangga ketujuh dalam Ligue 1, ketinggalan 20 mata di belakang pendahulu liga Lille. Dengan saingan berbaki kurang dari separuh musim, mampukah Sampaoli mengeubah nasib Marseille?

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Kisah Peter Crouch Perasan Dikenali Dianggap Sekadar Peminat Oleh Ronaldo

Paul Scholes: Kisah Tawaran Dari Inter Milan & Penyesalan Terbesar Dalam Karier

Manchester United Menawarkan 3 Pemain Kepada West Ham Untuk Dapatkan Declan Rice

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN