Luqman Hakim Beri Bayangan ‘U-Turn’, Kekal Di Selangor 2

luqman hakim selangor 2 2020

Masa depan pemain muda meningkat naik negara, Luqman Hakim Shamsudin mungkin sudah diketahui dengan kenyataan terbarunya kepada Astro Arena.

Menurutnya, misi utamanya pada ketika ini adalah untuk bersama rakan-rakannya dan membantu skuad B-19 negara di Kejohanan AFC B-19, seterusnya membawa Malaysia layak ke Piala Dunia B-20 yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun hadapan.

Luqman Hakim mahu bersama skuad B-19

“Setiap pemain mesti ada cita-cita. Fikiran utama saya mestilah untuk bersama dengan skuad B-19 negara. Sebelum ini, saya banyak bermain bersama mereka, jadi kalau boleh, saya masih mahu bermain bersama mereka,” ungkap Luqman Hakim.

Kenyataan tersebut memberi bayangan yang pemain berusia 18 tahun itu mahu terpilih mewakili skuad muda negara yang akan beraksi di Kejohanan AFC B-19 pada Oktober depan. Oleh itu, penghijrahannya ke KV Kortrijk tampak kian samar.

Kelab yang berpengkalan di Belgium itu telah memanggilnya untuk bersama mereka selepas kelonggaran pergerakan telah diperolehi baru-baru ini. Luqman Hakim telah menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk pada September tahun lalu.

“Setiap pemain pasti mahu pasukannya layak [ke Piala Dunia],” tambahnya lagi yang merupakan penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 2018 yang menyaksikan skuad negara menamatkan saingan di kedudukan tercorot di peringkat kumpulan.

Brad Maloney: Lebih mudah jika kekal di Malaysia

Selain itu, pengendali skuad B-19, Brad Maloney menjelaskan beliau sebolehnya mahu Luqman Hakim kekal di Malaysia sehingga berakhirnya saingan kejohanan itu bagi membolehkannya memantau perkembangan pemain muda tersebut.

Walaubagaimanapun, beliau menyokong apa jua keputusan yang dibuat oleh Luqman Hakim mengenai masa depannya sama ada kekal di Selangor 2 dan mendapat minit permainan atau berhijrah ke KV Kortrijk untuk perkembangan bakatnya.

“Sudah tentu jika beliau kekal di sini, ia sangat baik untuk menyaksikannya bermain di peringkat senior. Jika beliau memilih untuk ke sana, kita turut akan terus memantau keadaannya dan berhubung dengannya,” ujar Brad Maloney kepada Astro Arena.

“Namun, ianya lebih bagus untuk melihatnya bermain dalam aksi kompetitif di peringkat senior,” tambahnya lagi. Mungkin inilah yang membuat Luqman Hakim memilih untuk kekal di Malaysia dan mendapatkan minit permainan di Selangor 2.

Jadi mainan media

Sebelum ini, Luqman Hakim menjadi tumpuan termasuklah daripada media di England apabila dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang bersaing di English Premier League (EPL), Newcastle United, namun segalanya seakan-akan hanya mainan media.

Menurut laporan HITC, dengan kesukaran pemain daripada Malaysia dan Asia Tenggara untuk mendapat permit bermain di sana, pemain muda itu mungkin telah dijadikan sebagai taktik pemasaran untuk meningkatkan perhatian terhadap bakatnya.

Luqman Hakim kini merupakan pemain yang bernaung di bawah agensi EL-EF Sport yang berpengkalan di London dan sebaik sahaja pengumuman tersebut, beliau yang sepatutnya bertolak ke Belgium secara tiba-tiba dilihat mula bermain tarik tali.

Namun yang menjadi persoalan ketika ini, bagaimana status kontrak lima tahun yang telah ditandatangani graduan Akademi Mokhtar Dahari itu bersama KV Kortrijk?

Penutup

Kekal ataupun tidak di Malaysia nanti, Luqman Hakim jelas lebih tahu bagaimana untuk menguruskan kariernya dengan bantuan agensinya. Jika kekal di sini, beliau perlu memastikan yang minit perlawanan bersama Selangor 2 akan diperolehinya.

Apa yang semua mahu tahu ketika ini adalah status kontraknya bersama kelab yang bersaing di Jupiler Pro League itu. Selain itu, adakah beliau akan berjaya mendapat minit perlawanan seterusnya mewakili skuad negara di Kejohanan AFC B-19?

KREDIT FEATURED IMAGE: TWITTER LUQMAN HAKIM

Baca lagi artikel mengenai Luqman Hakim dan Selangor 2:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN