EL-EF SPORT Kini Bergelar Ejen Buat Luqman Hakim

EL-EF SPORT

Agensi ejen perlawanan yang berpengkalan di London, EL-EF SPORT secara rasminya bergelar ejen buat penyerang muda sedang meningkat naik, Luqman Hakim Shamsuddin.

Perkembangan terkini itu diumumkan oleh laman Twitter rasmi milik agensi tersebut yang bakal menjadi perantara dalam membantu Luqman untuk mengharungi cabaran baharu dalam karier bola sepaknya selepas ini.

”EL-EF SPORT dengan sukacitanya mengumumkan telah memeterai perjanjian kerjasama dengan salah seorang pemain muda yang berbakat besar di Asia, Luqman Hakim Shamsuddin.”

”Kami memandang ke hadapan untuk bekerjasama dengan Luqman dan memberikannya persekitaran yang tepat untuk memulakan perjalanan karier profesionalnya,” ujar EL-EF SPORT ketika mengumumkan Luqman sebagai ‘talent’ mereka itu.

Luqman yang semakin hampir untuk ‘terbang’ ke Belgium dikatakan sudah pun membuat permohonan kepada Jabatan Imigresen untuk mendapatkan kelulusan bagi melebarkan kariernya di luar negara.

Dalam perkembangan sama mengenai pemain kelahiran Kota Bharu itu, beliau turut dikatakan menarik minat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut sumber The Vocket, kelab yang tidak dinyatakan namanya itu mahu menandatangani kontrak bersama Luqman dan meminjamkannya selama dua hingga tiga musim ke KV Kortrijk.

Ia bertujuan untuk membolehkannya mendapat minit perlawanan serta memiliki visa yang sekaligus melayakkan Luqman beraksi dalam saingan EPL.

Baca artikel lain dari kami mengenai Luqman Hakim Shamsuddin:

Leave a Reply