Lihat Gelagat Virgil van Dijk & Alex Oxlade-Chamberlain Raikan Jaringan Willian

van Dijk handerson joe gomez liverpool 2020

Virgil van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain antara yang dilihat meraikan jaringan pemain Chelsea, Willian dan kemudian mengetuai keraian kejayaan Liverpool.

Setelah 30 tahun menanti, Liverpool akhirnya dimahkotakan kejuaraan English Premier League (EPL) dengan kemenangan 2-1 Chelsea ke atas Manchester City sebagai pengesahan kepada kejayaan tersebut. Ia pastinya kejayaan yang bersejarah.

Tak pernah dibuat orang

Pemain-pemain Liverpool dilihat menyaksikan pertembungan Chelsea dan Manchester City secara berjemaah di halaman sebuah rumah dan mereka pastinya secara bersatu hati menyokong Chelsea untuk menang – buat kali pertama dalam hidup mereka.

Sukar untuk menyaksikan saat sebegini di mana, pasukan lawan meraikan jaringan salah satu pesaing liga mereka. Manakan tidak, jaringan di minit ke-78 oleh Willian itu membolehkan The Citizen gagal dalam misi mereka menangguh keraian Liverpool.

https://twitter.com/SamanthaQuek/status/1276263410053926913

Walaupun pemain-pemain The Reds tidak terlalu mengharapkan Chelsea untuk menghadiahkan kejayaan buat mereka, namun sudah tentu terselit juga sedikit tanda sokongan buat The Blues untuk memahat kemenangan ke atas pesaing mereka itu.

Ini dapat dilihat daripada sorakan sokongan, “Come on!” di hadapan kamera oleh Alex Oxlade-Chamberlain ketika meraikan jaringan Willian yang membolehkan Chelsea kembali di depan selepas kedua-dua pasukan terikat pada kedudukan 1-1.

Pemain Liverpool mahu cuti tambahan

Selain kelibat van Dijk dan Alex Oxlade-Chamberlain di dalam klip video pendek yang dikongsikan oleh bekas pemain hoki padang England, Samantha Quek itu, turut kelihatan adalah penjaga gol, Alisson Becker, Andrew Robertson dan Joel Matip.

Kemudian di dalam klip video pendek kedua, kelibat pemain lain seperti Adam Lallana, Sadio Mane dan Roberto Firmino juga kelihatan sedang membuat countdown menuju penamat, seterusnya mereka menjerit meraikan kejayaan kelab mereka itu.

Dalam temubual selepas menyaksikan perlawanan tersebut, van Dijk telah dikerumuni oleh rakan-rakan sepasukannya dan Robertson dipetik berkata mereka mengharapkan agar pengendali, Jurgen Klopp akan memberikan mereka cuti rehat tambahan.

“Kami sedang cuba meyakinkan bos untuk berikan kami beberapa hari cuti rehat tambahan. Tambahkan beer lagi dan kita mungkin dapat dua hari cuti,” ujarnya.

Kejayaan ini buat anda!

Dalam pada itu, Jurgen Klopp dalam sesi temubual singkat bersama Sky Sport selepas perlawanan menyatakan yang beliau sangat terharu dengan kejayaan tersebut dengan menghadiahkan kejayaan tersebut kepada Kenny Dalglish dan Steven Gerrard.

“Saya kehilangan kata kata, sukar dipercayai. Ini lebih daripada apa yang saya fikirkan, menjadi juara dengan pasukan luar biasa ini,” ujar Jurgen Klopp sambil mengesat air matanya dan disebabkan tagisan kegembiraan itu temubual telah disingkatkan.

“Melihat bagaimana Kenny [Dalglish] menyokong kami, ini untuk anda. Dia telah menanti kejayaan ini selama 30 tahun dan kejayaan ini juga buat Stevie [Gerrard].

“Mereka semua mengagumi anda dan mudah untuk saya memotivasikan mereka kerana sejarah hebat kelab ini,” tambahnya lagi sambil berseloroh yang beliau tidaklah menanti kejuaraan sejak 30 tahun lalu kerana baru empat tahun setengah di Liverpool.

Penutup

Sudah tentu parti meraikan kejayaan Liverpool ini sedang berlangsung di seluruh dunia. Liverpool menamatkan penguasaan dua musim Manchester City dan Pep Guardiola pada saingan musim 2019/20 walaupun berdepan masa sukar.

Tahniah sekali lagi buat seluruh warga Liverpool dan diharapkan kejayaan ini akan memberikan kenangan manis buat para penyokong The Reds, tidak kira di mana anda berada – yang sebelum ini senantiasa dengan slogan, “This is our year!”

KREDIT FEATURED IMAGE: DAILY MAIL

Baca lagi artikel lain mengenai Liverpool FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN