Lukaku Tidak Sambung Kontrak Di Everton, Ke Mana Destinasi Seterusnya?

Penyerang sensasi Everton tidak mahu berdolak dalik tentang masa depan beliau di Everton.

Lukaku sudah memaklumkan Ronald Koeman bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak lanjutan di Everton.

Laporan Daily Telegraph, Everton menawarkan gaji £140,000 seminggu untuk penggempur dari Belgium ini.

Lukaku tetap mahu berhijrah ke kelab lebih besar untuk memenangi trofi. Beliau sudah bersedia untuk cabaran baru.

Sebelum ini Lukaku pernah bersama kelab besar, Chelsea. Namun beliau gagal untuk memecah masuk ke dalam pasukan utama.

Lukaku terus menjadi perhatian kelab-kelab besar di Eropah. Antaranya termasuk Chelsea, Paris St. Germain dan Manchester United.

Berita ini sudah pastinya perkara yang menggembirakan kelab-kelab yang berminat dengan khidmat beliau.

Pulang semula ke Chelsea?

Beberapa jam yan lalu, media di UK melaporkan Chelsea menyediakan dana £100 juta untuk mendapatkan Lukaku dan Ross Barkley.

Kedua-dua pemain ini hanya ada baki kontrak kurang setahun setengah di Goodison Park.

Antonio Conte memang meminati gaya permainan Lukaku dan pernah dikaitkan dengan Lukaku ketika mula menggalas jawatan di Chelsea.

Namun harga yang terlalu mahal membuatkan Conte membatalkan niat beliau untuk mendapatkan Lukaku.

Kini Antonio Conte memiliki sejumlah wang yang besar untuk dibelanjakan selepas penjualan beberapa pemain sebelum ini.

Ross Barkley adalah tipikal pemain kegemaran Conte kerana dia adalah seorang pemain tengah box to box.

Di manakah destinasi seterusnya untuk Lukaku? Adakah beliau masih memilih untuk kekal di Liga Inggeris ataupun ke liga lain.

Baca juga: Sains: Bagaimana Bournemouth Menguruskan Kecergasan Dan Kecederaan Jack Wilshere

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN