Quantcast
Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England


BERITA

Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England

Thursday, 16 Mar 2017

AS Monaco mungkin bukan lawan yang digemari oleh pasukan dari England untuk peringkat kalah mati UCL.

Walaupun hampir semua pertemuan dengan kelab dari England, Monaco dilabel sebagai pasukan bukan pilihan.

Awal pagi tadi, Monaco telah menyingkirkan Manchester City daripada peringkat 16 pasukan terakhir pertandingan UCL 2016/17.




Ia juga kekalahan pertama Pep Guardiola di peringkat 16 pasukan terakhir UCL dalam sejarah karier beliau sebagai pengurus.

Monaco tewas 5-3 di Etihad dalam perlawanan pertama. Dalam perlawanan di Monaco, mereka menang 3-1 sekaligus mara ke suku akhir melalui peraturan jaringan di tempat lawan.

Sebelum ini, Monaco telah menyingkirkan 3 lagi pasukan dari England di peringkat kalah mati UCL.

Pada musim 1997/98, Monaco menyingkirkan Manchester United di peringkat suku akhir, juga menerusi jaringan gol di tempat lawan.

Monaco menang 1-1 di Old Trafford selepas seri 0-0 di tempat sendiri.

6 tahun selepas itu, pada musim 2003/04, Monaco menyingkirkan pasukan Chelsea dengan aggregate 5-3 di peringkat separuh akhir.

Ia sekaligus menghalang skuad bimbingan Ranieri untuk mara ke perlawanan akhir.

Pada musim 2014/15, giliran Arsenal pula disingkirkan oleh Monaco daripada peringkat 16 pasukan terakhir. Monaco menang dengan peraturan jaringan di tempat lawan.

Nampaknya Monaco sangat konsisten berhadapan dengan pasukan dari England.

Jadi, pastinya ramai mengharapkan pertemuan di antara Monaco dengan Leicester City dalam pusingan suku akhir UCL musim ini.

Mungkin The Foxes boleh mengakhiri badi pasukan dari England menentang Monaco di peringkat kalah mati. Ataupun Monaco meneruskan tradisi kemenangan mereka ke atas pasukan England.

Baca juga: Rojo Bebas Hukuman, Tetapi United Dikenakan Tindakan Kerana Gagal Kawal Pemain

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England



Berita Bola Yang Menarik