Luiz Motta Jadi Pilihan Perak Untuk Perkukuh Jentera Pertahanan Musim 2024/2025

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Perak secara rasminya telah pun menandatangani khidmat pertahanan import baharu mereka dari Brazil untuk saingan musim 2024/2025 iaitu Luiz Henrique Motta.

Pengenalan pemain dari Brazil itu dibuat secara rasmi melalui satu video dimuat naik oleh media sosial Perak serta mendapat pelbagai maklum balas positif dalam kalangan para penyokong.

“Luiz Henrique Motta pemain berasal dari Brazil ini bakal memperkuatkan barisan pertahanan Perak FC bagi musim 2024/25.

“Selamat datang ke Keluarga Perak FC, Yob Luiz,” jelas kenyataan tersebut bersama video pengenalan Luiz bersama Perak untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) akan datang.

Pada masa sama, Luiz juga mengakui kepada penyokong setia Perak iaitu beliau sedia untuk membantu pasukan tersebut mencapai sasaran telah ditetapkan musim akan datang.

“Hello peminat Perak, saya Luiz Motta dan saya di sini untuk membantu anda mencapai matlamat anda,” ujar Motta dengan penuh bersemangat menerusi perkongsian video itu beberapa minit lalu.

Untuk rekod, pemain berusia 26 tahun ini telah beraksi untuk Ghajnsielem FC sebelum itu dalam saingan Gozo Football League bersama aksi cukup mengujakan.

Beraksi selaku pertahanan tengah, Luiz telah pun merekodkan lima gol daripada sembilan perlawanan dihadapi oleh pemain bertubuh tegap serta berketinggian 1.88 meter itu.

Sesuatu menarik mengenai Luiz, beliau bukan sahaja efektif selaku pemain pertahanan tengah, tetapi mampu untuk beroperasi dengan cemerlang sebagai pemain tengah bertahan mengikut kesesuaian taktikal.

Kelebihan Luiz juga terarah kepada kawalan bola beliau yang sangat kemas serta mempunyai keupayaan tinggi mencipta hantaran jauh tepat kepada rakan sepasukan selain tenang mengawal zon pertahanan.

Kemasukan Luiz menjadikan Perak kini sudah pun menandatangani tiga pemain import baharu dan masing-masing beraksi di posisi tersendiri iaitu pertahanan, tengah, serta serangan.

Semalam, laman tersebut telah pun memperkenalkan pemain serangan dari Korea Selatan iaitu Lee Tae-min yang dianggap mampu untuk memperkukuhkan aspek serangan mereka dalam usaha mendapatkan gol.

Malah, Perak juga lebih awal sebelum ini untuk menandatangani bintang muda berbakat besar dari Kyrgyzstan iaitu Adilet Kanybekov dan beliau bakal beroperasi di posisi tengah pasukan tersebut.

Bawah kendalian Yusri Che Lah, dijangka Perak bakal tampil dengan lebih baik pada persaingan akan datang berbanding tahun lalu jika dilihat pada persiapan dibuat untuk saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN