Safuwan Baharudin Akui Terhutang Budi Dengan Selangor

Pemain tengah berpengalaman dari Singapura, Safuwan Baharudin akui beliau sangat terhutang budi akan Selangor yang bertindak untuk terus mengekalkan beliau pada saingan hadapan.

Terdahulu, Safuwan menjadi antara pemain yang terus dikekalkan Selangor untuk slot import dari Asia Tenggara untuk saingan hadapan, selepas beliau mempamerkan konsistensi tinggi pada tahun lalu.

Sebenarnya, Safuwan sudah pun berpisah dengan Selangor pada awal 2023 dengan pemain tinggi lampai itu menyertai Negeri Sembilan terlebih dahulu sebelum kembali diikat The Red Giants pada pertengahan musim.

Tahun lalu menyaksikan Safuwan beraksi sebanyak 13 perlawanan secara keseluruhan buat Negeri sembilan selaku pemain tengah bertahan dengan dua gol berjaya diledak beliau.

Bersama Selangor sejak pertengahan musim lalu pula, sembilan perlawanan telah pun dilalui Safwan bersama satu bantuan jaringan direkodkan beliau selaku pemain pertahanan tengah.

Nama Safuwan juga tidak asing lagi dalam arena bola sepak tanah air, apabila beliau sudah pun beraksi di Malaysia sejak begitu lama dan Selangor menjadi sinonim buat pemain tersebut.

Buat pertama kali, Safuwan bakal menggalas tanggungjawab lebih besar kerana ada laporan menyatakan pemain kebangsaan Singapura itu akan diberi lilitan selaku kapten pasukan.

Malah, Safuwan bersama rakan sepasukan lain juga akan melangkah ke pentas antarabangsa pada musim ini kerana mereka menjadi wakil Malaysia untuk bersaing di kejohanan AFC Champions League 2 (ACL2).

Safuwan juga mengakui diri beliau sangat terhutang budi akan Selangor dan bertekad untuk terus memberikan segala terbaik bersama pasukan itu.

“Secara peribadi, saya rasa terhutang budi dengan Selangor FC. Oleh itu, saya mahu membantu kelab layak ke perlawanan akhir dan mendakap trofi kemenangan sebelum saya memikirkan tentang perjalanan yang seterusnya.

“Saya berharap tahun ini saya dapat beraksi tanpa sebarang kecederaan. Jika saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan kondisi badan saya berada di tahap yang baik, saya pasti berikan 100 peratus dalam padang dengan harapan dapat beraksi dalam 80 peratus perlawanan untuk musim 2024/2025,” kata pemain itu menerusi perkongsian media Selangor.

Ketika ini, Safuwan dan rakan sepasukan lain telah pun berada di Bangkok, Thailand untuk mengharungi dua aksi pramusim di sana bersama kelab tempatan negara itu.

“Saya yakin semua pemain tidak sabar untuk sesi pramusim di Bangkok. Ini akan menjadi ujian pertama untuk kami kerana pasukan akan menentang dua kelab Thailand yang sedang aktif beraksi di liga mereka sekarang.

“Jadi, tahap kecergasan mereka sudah tentu akan membantu kami untuk mengukur dari segi ketahanan, kebolehan teknikal dan taktikal daripada perlawanan persahabatan tersebut.

“Sekaligus dapat membantu barisan jurulatih untuk membuat keputusan dalam merancang sistem yang akan digunakan pasukan.

“Selain itu, saya juga merasakan pramusim ini merupakan masa yang terbaik untuk pasukan mengenali serta memahami antara satu sama lain dengan lebih baik untuk di bawa semasa Liga Malaysia bermula nanti,” kata beliau akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN