Azfar Arif Impi Saingi Izham Tarmizi Selaku Penjaga Gol Utama Sri Pahang

Penjaga gol muda berbakat besar, Azfar Arif memiliki sasaran tersendiri untuk saingan akan datang bersama Sri Pahang selepas beliau sah menandatangani kontrak untuk menjadi sebahagian daripada kelab itu.

Terdahulu, Azfar menjadi antara rekrut terbaharu Sri Pahang untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025 selepas pasukan itu membuat beberapa rombakan termasuk di posisi penjaga gol utama.

Tampil selaku penjaga gol paling muda buat Sri Pahang, pastinya cabaran besar menanti pemain berusia 24 tahun itu terutama sekali untuk cuba mencabar kesebelasan utama dalam setiap perlawanan bakal diharungi.

Menurut Arif, beliau yakin mempunyai peluang untuk menembusi kesebelasan utama bersama Sri Pahang dengan melihat situasi semasa terbuka buat semua pemain.

Menyedari cabaran besar bakal dihadapi dengan persaingan sengit bersama penjaga gol lebih berpengalaman seperti Izham Tarmizi dan Zarif Irfan, pemain itu mahu berusaha sehabis baik untuk mencabar diri dalam kesebelasan utama Sri Pahang.

“Saya percaya peluang untuk berada dalam skuad utama tetap terbuka dan akan memastikan kehadiran ke Sri Pahang untuk berada dalam kesebelasan utama.

“Saya juga akan memanfaatkan segala peluang dan memanfaatkan pengalaman dua penjaga gol (Izham dan Irfan) untuk lebih bersedia dan kekal fokus.

“Sebenarnya saya juga gembira kerana dapat bersama Izham dalam satu pasukan yang juga idola saya dalam kerjaya bola sepak,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Azfar menyifatkan dirinya sudah pun membuat keputusan terbaik dengan menyertai Sri Pahang dalam usaha beliau untuk tampil lebih cemerlang selaku salah satu penjaga gol di Malaysia.

“Oleh itu, saya harap dapat memberikan yang terbaik buat Sri Pahang pada penampilan pertama bersama Tok Gajah,” katanya akhir sekali.

Musim lalu menyaksikan Arif sudah pun mencipta 19 penampilan secara keseluruhan bersama Penang dalam seluruh pertandingan di peringkat domestik bersama dua ‘cleansheet’ diraih pemain tersebut.

Azfar memulakan karier beliau terdahulu bersama UiTM FC sebelum menyertai Petaling Jaya City (PJ City) selama beberapa musim serta Penang pada tahun lalu.

Sri Pahang menjadi pasukan keempat diwakili Azfar sepanjang beliau bergelar pemain profesional di Malaysia dan ini bakal menjadi cabaran baharu jika beliau mampu untuk cuba merebut kesebelasan utama.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN