Pemain Liverpool Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Lucas Leiva!

Lucas Leiva sah menyertai Lazio pada musim hadapan selepas 10 tahun bersama Liverpool. Lucas adalah pemain terakhir era Rafa Benitez yang kekal bersama Liverpool musim lalu.

Bagi peminat EPL sejak sedekad lalu, anda mungkin sedikit terasa cepatnya masa berlalu. Anda mungkin masih di universiti, kolej ataupun sekolah lagi ketika mendengar nama seperti Lucas Leiva.

Dalam video yang dimuat naik oleh Liverpool FC, pemain-pemain Liverpool memberikan ucapan yang agak menyentuh perasaan.

Kesemua pemain-pemain Liverpool jelas akan terasa kehilangan Lucas Leiva. Ini adalah video yang dimuatnaik dari Hong Kong

Hari ini, Liverpool FC banyak memuatnaik video penghargaan kepada Lucas Leiva. Lucas Leiva bukanlah pemain yang setanding dengan Steven Gerrard mahupun Xabi Alonso. Namun dedikasi beliau kepada pasukan Liverpool sangat tinggi.

Beliau sentiasa komited setiap kali diperlukan. Watak yang boleh digelar ‘unsung hero’ ini asalnya pemain tengah serangan.

Oleh kerana terlalu ramai pemain tengah serangan, Rafa Benitez menukar Lucas kepada pemain tengah pertahanan.

April lalu, penyokong Liverpool ‘menyerang’ FSG (pemilik kelab) kerana tidak meneruskan rancangan untuk memberikan testimonial kepada Lucas Leiva.

Penyokong Liverpool menganggap FSG sebagai tidak tahu apa-apa tentang bola sepak. FSG kemudian cuba membetulkan keadaan dengan mengadakan jamuan khas mengenang Lucas Leiva.

Ia tetap dianggap langkah ‘bodoh’ oleh penyokong. Ini kerana, budaya kelab di England, mereka akan memberikan perlawanan testimonial kepada pemain yang sudah berkhidmat 10 tahun kepada kelab.

Nampaknya, FSG tidak ada peluang lagi untuk menebus kesilapan mereka kerana Lucas sudah sah ke Lazio.

Sebagai rekod, sepanjang 10 musim di Anfield, Lucas sudah bermain 346 kali untuk Liverpool dan menjaringkan 7 gol dengan 1 Piala Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN