Kajian: Cristiano Ronaldo Cenderung Pamer Prestasi Terbaik Ketika Berpacaran Dengan 1 Wanita

Dengan statusnya sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia, Cristiano Ronaldo tiada masalah untuk berpacaran dengan wanita-wanita cantik.

Sejak debut senior beliau pada 2002, Ronaldo telah berpacaran dengan banyak wanita – daripada ahli perniagaan, atlet, model hinggalah aktres. Tetapi pepatah Inggeris ada mengatakan – behind every successful man there is a woman​. Benarkah kata pepatah ini dalam kes Ronaldo?

Jadi CupoNation Malaysia membuat keputusan untuk mengkaji kebenaran hipotesis ini. Apakah ada kebenaran dalam pepatah – behind every successful man there is a woman​?

CupoNation Malaysia telah mengutip data gol dan kejuaraan yang dimiliki Ronaldo beserta senarai wanita yang menjalinkan hubungan dengannya dari tahun 2001 hingga 2016 untuk mengkaji hipotesis ini.

Berikut merupakan hasil penemuan Cuponation Malaysia:

  • Sepanjang 12 bulan lepas, Ronaldo telah memenangi 7 kejuaraan sejak Julai 2016, lebih banyak daripada mana-mana pemain. 6 kejuaraan tersebut dimenangi ketika beliau berpacaran dengan Georgina Rodriguez.
  • Pada 3 Jun 2017 lepas, Ronaldo menjaringkan gol ke-600 peribadi beliau ketika perlawanan akhir UEFA Champions League – beberapa hari selepas mengumumkan Georgina Rodriguez (gambar bawah) sebagai teman wanitanya kepada umum.
(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Dan baru-baru ini, penyerang prolifik Real Madrid dan Portugal ini mengumumkan perjanjian komersial dengan Nike bernilai USD1 bilion. Pengumuman ini berlaku beberapa hari selepas Ronaldo mendapat anak kembar seiras baru, Mateo dan Eva.

Rezeki anak baru, mungkin?

Capai puncak karier ketika bersama Irina Shayk

Meskipun beliau pernah berpacaran dengan hampir 40 wanita, Ronaldo berada di puncak kariernya sebagai penjaring gol ketika berada dalam hubungan stabil dengan Irina Shyak dari tahun 2010 hingga 2014.

(Photo by Martin Rose/Bongarts/Getty Images)

Secara puratanya, Ronaldo menjaringkan 60 gol setiap tahun. Tahun 2013 – tahun sama Ronaldo bertunang dengan Irina Shyak – merupakan tahun paling prolifik bagi Ronaldo. Beliau menjaringkan 69 gol pada tahun tersebut.

Apabila Ronaldo membatalkan pertunangannya dengan Irina pada 2016, terdapat penurunan jumlah gol tahunan Ronaldo daripada 59 (pada tahun 2015) ke 57.

Rumusan

Berdasarkan hasil penemuan ini, jelas sekali Cristiano Ronaldo cenderung untuk mempamerkan prestasi terbaik ketika berada dalam hubungan yang stabil dengan seorang wanita.

Ronaldo tetap mempamerkan prestasi yang baik ketika beliau berpacaran dengan ramai wanita pada satu-satu masa.

Tetapi jika kita membandingkan dengan standard prestasi yang beliau pamerkan ketika bertunang dengan Irina Shayk dan mempunyai anak dengan Georgina Rodriguez, kita dapat melihat perbezaannya apabila Ronaldo bahagia dengan seorang wanita.

Tentang kajian

Kajian ini dibuat hasil pengumpulan dan perbandingan data gol, kejuaraan dan senarai teman wanita Cristiano Ronaldo daripada sumber-sumber berikut:

UEFA
Messivsronaldo.net
Whosdatedwho.com
Soccerslide.com

Tentang CupoNation

CupoNation merupakan platform penjimatan belian dalam talian yang berpangkalan di 19 negara dan 5 benua. Misi mereka adalah untuk membantu pelanggan dalam talian melakukan penjimatan dalam perbelanjaan harian berdasarkan bajet mereka.

CupoNation diasaskan pada 2012 dan beribu pejabat di Munich. Mereka turut mempunyai pejabat di Paris, Madrid, Sao Paolo, Gurgaon dan Moscow. Layari laman web mereka di www.cuponation.com.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN