Liverpool Tak Akan Dapat Duit Tambahan Dari Barcelona Jika Coutinho Menang UCL

Philippe Countiho Klopp

Nampaknya, tidak akan ada wang tambahan untuk Liverpool dari Barcelona!

Pemain Barcelona, Philippe Coutinho tidak akan menjadi asbab kepada kelabnya untuk membayar bonus tambahan kepada mantan pasukannya iaitu Liverpool seandainya beliau menjulang gelaran UEFA Champions League (UCL) bersama-sama Bayern Munich.

Menurut laporan Liverpool Echo, Barcelona tidak perlu membayar bonus tambahan sekiranya Countiho menjulang kejuaraan Eropah bersama-sama Bayern Munich seperti yang disangka ramai pihak.

Hal ini kerana, pembayaran akan berlaku jika Coutinho memenangi gelaran Eropah bersama-sama Barcelona.

Memandangkan beliau kini berpontesi untuk muncul juara bersama-sama Bayern Munich, jadi potensi untuk mendapatkan bonus itu tidak akan menjadi nyata.

Sebaliknya, Liverpool berpeluang untuk mendapatkan bonus menerusi jumlah penampilan Countiho bersama-sama Barcelona.

Liverpool kini kurang £4.4 juta lagi bonus berdasarkan penampilan Countiho dengan Barcelona jumlah penuh hanya akan dibayar jika pemain tersebut bermain 90 kali untuk pasukan itu.

Tetapi dengan kedudukan beliau yang tidak menentu dalam pasukan sedikit sebanyak menyukarkan peluang Liverpool untuk mendapatkan bayaran bonus penuh.

Dengan potensi kepulangan ke Premier League turut berada dalam radar, Coutinho semakin hampir menuju ke pintu keluar dari Barcelona selepas Ronald Koeman dilantik menjadi pengurus baharu.

Destinasi yang sering dikaitkan ke Premier League adalah Arsenal.

Sungguhpun begitu, Countiho masih berpeluang memulakan semula karier Barcelona beliau musim hadapan sekiranya beliau termasuk dalam perancangan Koeman.

Baca juga artikel kami mengenai Coutinho:

Leave a Reply