Philippe Coutinho Bakal Dipinjamkan Lagi Musim Hadapan

Philippe Coutinho

Pemain Barcelona, Philippe Coutinho kini dikhabarkan mempunyai potensi untuk dipinjam keluar sekali lagi pada musim hadapan oleh kelabnya pada musim hadapan.

Menurut laporan Liverpool Echo, Barcelona menawarkan tawaran harga murah untuk mana-mana kelab untuk mendapatkan Coutinho dengan harga sebanyak £9 juta sahaja!

Namun begitu, ianya hanya tertakluk kepada perpindahan secara pinjaman untuk semusim sahaja.

Barcelona dikatakan masih lagi berusaha untuk mengeluarkan Coutinho dari kelab tersebut dengan mereka telah meletakkan tanda harga sebanyak £71 juta untuk mana-mana pasukan yang mahukan khidmat bekas pemain Liverpool itu secara tetap.

Situasi jelas sukar buat pemain kebangsaan Brazil itu. Hal ini kerana, beliau berpotensi untuk menjadi pemain tetap Bayern Munich namun begitu kelab Jerman itu tidak berminat untuk mendapatkan pemain itu secara tetapi selepas menjalani tempoh pinjaman.

Harga yang ditawarkan itu cukup rendah oleh Barcelona selepas situasi sukar dihadapi dunia ketika ini iaitu wabak Covid-19 memaksa mereka untuk tidak boleh menaikkan harga yang tinggi kepada mana-mana pasukan yang mahukan khidmat pemain itu.

Coutinho dilihat mempunyai potensi untuk kembali semula ke Premier League selepas beberapa pasukan dikatakan mahu mendapatkan beliau.

Arsenal dan juga Chelsea dikatakan berminat untuk membawa pemain itu kembali ke England sambil Manchester United juga dikatakan mahu mengambil bekas pemain Liverpool itu.

Jadi, apakah kesudahan nasib Coutinho? Sama-sama kita nantikan.

Baca juga artikel kami mengenai Philippe Coutinho:

Leave a Reply