Liverpool ‘Sasar’ Pemain Tengah Baharu Untuk Perkuat Pasukan?

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Liverpool telah pun menandatangani khidmat tonggak baharu mereka iaitu Arthur Melo selaku pemain terakhir dalam jendela perpindahan ini untuk memperkukuhkan jentera tengah pasukan.

Namun, skuad tersebut juga dikhabarkan bakal membawa seorang lagi pemain tengah berkualiti menjelang Januari ini dalam usaha untuk mencabar pelbagai kejuaraan dihadapi.

Pemain terbaharu yang berada dalam radar mereka ketika ini untuk ditandatangani ialah tonggak tengah dari PSV, Ibrahim Sangare.

Setakat ini Sangare telah pun meletakkan dirinya selaku antara pemain tengah paling berpengaruh di Belanda sejak beliau menyertai kelab tersebut pada Januari tahun lalu.

Dengan berusia 24 tahun, beliau boleh dikatakan hanya menunggu masa sahaja untuk berpindah ke pasukan lebih baik selepas ini untuk mengembangkan lagi kariernya.

Menurut Sport Bible, ketika ini Liverpool dan West Ham dilihat masing-masing berminat untuk memberi tumpuan kepada perkembangan pemain kebangsaan Ivory Coast tersebut.

Musim lalu, Manchester United dan Chelsea juga pernah memberi perhatian mengenai perkembangan pemain ini yang dilihat sesuai untuk dibawa menyertai pasukan.

Untuk Liverpool, mendapatkan khidmat Sangare perlu diletakkan sebagai keutamaan mereka ketika ini untuk jendela perpindahan seterusnya.

Para penyokong ketika ini pastinya menyedari perubahan lebih baik perlu dilakukan oleh Liverpool di posisi tengah mereka, setelah kebanyakan pemain seperti Jordan Henderson, James Milner, serta Thiago Alcantara sudah pun melepasi angka umur 30 tahun.

Walaupun begitu, Liverpool masih lagi mempunyai beberapa bakat muda berpotensi untuk diketengahkan dan bakal menjadi pengganti utama pada masa hadapan.

Namun untuk waktu ini, pemain seperti Harvey Elliot dan Fabio Carvalho masih lagi belum cukup atau sampai masanya lagi untuk diberi peranan sebagai tonggak utama bagi meneruskan cabaran musim baharu.

Melihat kepada umur Sangare ketik ini, beliau sekurangnya mempunyai pengalaman lebih baik berbanding dua pemain muda tersebut serta dapat memberi pengajaran berguna buat bakat-bakat muda itu.

Salah satu daya penarik yang ada pada Sangare, bekas pemain tengah Toulouse ini juga boleh beraksi dalam kepelbagaian posisi yang jelas dapat memberi nilai tambah kepada Jurgen Klopp.

Segalanya kini terserah kepada Liverpool untuk terus melihat keadaan semasa pemain ini serta cuba mendapatkan khidmat Sangare dengan secepat mungkin.

Atau, mungkin mereka akan terus menyimpan minat sama seperti situasi keatas pemain serangan Borussia Dortmund iaitu Jude Bellingham sebelum ini.

Liverpool seperti diketahui ramai jelas menunjukkan minat kepada pemain tersebut, namun ia dilihat lebih kepada khabar angin dan ia telah pun terpadam begitu sahaja.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN