Liverpool tewas perlawanan kedua di pra musim selepas ditundukkan dengan jaringan 2-1 oleh 10 pemain Sevilla di Boston pada awal pagi tadi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp dan juara Eropah itu sebelum ini tewas 3-2 kepada Borussia Dortmund pada Sabtu lalu.
Namun demikian The Reds tewas kedua-dua perlawanan tanpa beberapa pemain utama yang masih bercuti selepas komitmen antarabangsa seperti Mohamed Salah, Roberto Firmini, Sadio Mane, dan juga Alisson Becker.
Liverpool debut their new 19/20 third kit pic.twitter.com/GvTVE0jS93
— B/R Football (@brfootball) July 21, 2019
Beraksi menentang Sevilla pada awal pagi tadi, Klopp menurunkan Harry Wilson – penyerang yang menyerlah secara pinjaman bersama Derby County musim lalu – bersama-sama Divock Origi dan penyerang sayap berusia 19 tahun, Ben Woodburn.
Tampil dengan jersi ketiga yang digunakan buat kali pertama selepas pelancaran pada hujung minggu lalu, harus diakui Sevilla lebih menyerlah tatkala Liverpool hanya mampu melakukan serangan balas dalam perlawanan yang dikuasai oleh kelab Sepanyol itu pada babak pertama perlawanan.
10 minit sebelum babak pertama berakhir, Sevilla menemui gol yang dicari-cari melalui tembatan kaki kanan Nolito, yang tidak memberikan peluang langsung buat penjaga gol berusia 35 tahun Liverpool, Andy Lonergan.
Minit ke-44 perlawanan, Divock Origi berjaya menyamakan kedudukan melalui wira UEFA Champions League musim lalu, Divock Origi yang merembat deras dari jarak dekat selepas Nat Philips menanduk rendah bola sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold. Babak pertama berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Kedua-dua pasukan melakukan pertukaran pemain pada babak kedua. Klopp memberikan peluang kepada beberapa pemain muda seperti Ki-Jana Hoever, Yasser Larouci, Adam Lewis dan Curtis Jones peluang untuk menyerlah.
Gandingan Rhian Brewster dan Jones misalnya hampir membuahkan hasil untuk Liverpool mendahului pada babak kedua, namun dinafikan oleh kecemerlangan Thomas Vaclic di hadapan gawang Sevilla.
All over at Fenway. #LFCPreSeason??https://t.co/JAkOKooErD
— Liverpool FC (@LFC) July 21, 2019
Perlawanan menjadi sedikit panas selepas itu dan menjadi fizikal selepas Joris Gnagnon membentes keras Larouci, memaksa pengadil terus melayangkan kad merah kepada pemain Sevilla itu.
Walaupun beraksi dengan hanya 10 pemain, Sevilla berjaya memenangi perlawanan melalui jaringan minit ke-90 oleh Alejandro Pozo.