Man Utd Mahu Inter Bayar Lebih Dari €60 Juta Untuk Benarkan Lukaku Ke San Siro

Manchester United dilaporkan telah menolak bidaan bernilai €60 juta ataupun bersamaan dengan £53.9 juta dari Inter Milan untuk mendapatkan Romelu Lukaku.

Nilai bidaan tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding nilai yang dibayar oleh Manchester United kepada Everton berjumlah £75 juta dua tahun yang lalu.

Lukaku terus tidak beraksi sepanjang perlawanan persahabatan pra musim yang diatur oleh Manchester United setakat ini – termasuk ketika anak buah Ole Gunnar Solskjaer menewaskan Inter Milan 1-0 pada hujung minggu lalu.


Pengendali Inter, Antonio Conte pula menyifatkan pemain itu sebagai sasaran utama beliau di jendela perpindahan musim panas ini.

“Saya melihat beliau [Lukaku] sebagai pemain yang boleh menjadikan pasukan ini lebih baik,” ujar Conte.

“Di pihak sebelah sini [Inter] ia adalah harapan dan kehendak saya. Di sebelah sana [Man Utd] kita akan lihat bagaimana keadaannya.

“Ia tidak betul untuk bercakap mengenai pemain [Lukaku] itu buat masa ini, kerana beliau adalah pemain Manchester United. Untuk sebab itu, kita harus menghormati perkara ini, dan pada masa yang sama perkara serupa juga harus ditunjukkan kepada pemain tersebut, dan pemain sedia ada yang berada di dalam pasukan.

Foto: AremilWorks

Conte juga mengakui beliau cuba mendapatkan Lukaku ketika masih bergelar pengurus di Chelsea.

“Anda semua tahu saya sukakan pemain ini,” tambah beliau.

Kemampuan Inter untuk mendapatkan Lukaku dikatakan bergantung kepada masa depan Mauro Icardi yang tidak bersama kelab Serie A itu untuk jelajah pra musim di Asia.

Penyerang Argentina tersebut turut dikatakan akan meninggalkan San Siro. Juventus adalah kelab terkini yang dikaitkan dengan penyerang yang sudah sah tiada dalam perancangan Antonio Conte di Inter Milan pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN