MSL 2019: FELDA United Benam Kedah Untuk Kekal Di Liga Super 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Kei Ikeda Felda Kedah

FELDA United terselamat daripada tersingkir ke Liga Premier selepas menang besar 5-1 ke atas Kedah dalam aksi terakhir Liga Super (MSL) 2019 di Stadium Tun Abdul Razak, malam tadi.

Sebelum perlawanan berlangsung, FELDA United yang berpotensi untuk tersingkir, berada di kedudukan ke-11 liga, berkongsi 16 mata bersama PKNP FC yang berada satu anak tangga di atas.

Begitupun, kekalahan PKNP FC kepada PJ City FC dan kemenangan FELDA United ke atas Kedah pula telah membantu skuad The Fighters untuk kekal bersaing di Liga Super pada musim 2020.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah berjaya mendahului aksi dengan dua gol tanpa balas dengan Jocinei Schad dan Faiz Mazlan meledak gol buat FELDA United pada minit ke-6 dan ke-32.

Jocinei Schad berjaya membuka akuan jaringan buat FELDA United di awal babak pertama menerusi sepakan percuma daripada luar kotak penalti yang gagal dibaca oleh penjaga gol, Ifwat Akmal.

Dengan formasi 4-3-3, jelas Nidzam Jamil tidak mengambil mudah perlawanan ini untuk kekal bersaing di Liga Super musim depan. Pemain tengah, Faiz Mazlan menambah gol buat mereka pada minit ke-32 hasil serangan pantas memerangkap benteng pelawat.

Tanpa Shakir Hamzah yang digantung perlawanan, Aidil Sharin Sahak telah memasukkan pertahanan muda, Loqman Hakim untuk bergandingan bersama Renan Alves di pertahanan tengah.

Ketinggalan 2 gol, Aidil Sharin telah membuat 2 pertukaran pada minit ke-55 dengan memasukkan Jonatan Bauman dan Fayadh Zulkifli bagi memburu gol pertama dan seterusnya penyamaan.

Jaringan 2-0 tersebut kekal sehingga minit ke-77 apabila Kedah kembali merapatkan jurang gol menerusi jaringan penyerang gantian, Jonatan Bauman berpunca daripada sepakan penalti.

Biarpun berjaya meledak gol pertama, Kedah kelihatan tempang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan tengah, Renan Alves dilayankan kad merah akibat menerima kad kuning kedua. Kali ketiganya diperintah keluar padang musim ini.

Minit ke-85, The Fighters terus rancak dan berjaya menghasilkan gol ke-4 perlawanan menerusi jaringan penyerang skuad kebangsaan Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal.

Dalam masa tambahan, FELDA United tidak berhenti meledak apabila berhasil menjaringkan dua gol lagi menerusi sentuhan Jasazrin Jamaluddin dan Kei Ikeda seterusnya memberikan kemenangan selesa buat mereka di halaman sendiri.

Kekalahan ini membolehkan Kedah kekal di kedudukan ke-4 liga dan gagal memintas Selangor yang berada di kedudukan ke-3 dengan 37 mata, hanya 3 mata di depan Helang Merah.

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U