Liverpool Hilang 6 Bintang Utama Menjelang Aksi Bertemu Man United

Liverpool berpotensi untuk kehilangan enam pemain utama mereka menjelang aksi bertemu Manchester United di Anfield dalam saingan Premier League awal pagi nanti.

Alexis Mac Allister, Joel Matip, Andrew Robertson, Diogo Jota, Thiago Alcantara dan Stefan Bajcetic antara pemain yang tak dapat diturunkan dalam aksi pertemuan bertemu seteru utama mereka nanti.

Kesemua enam pemain tersebut dilaporkan mengalami masalah kecederaan dan perlu berehat lebih lama sebelum dibenarkan untuk kembali beraksi.

Mac Allister mengalami masalah kecederaan lutut ketika aksi kemenangan 2-0 Liverpool menewaskan Sheffield United awal bulan baru-baru ini.

Matip sementara itu masih terpaksa direhatkan selepas beliau menghidapi masalah kecederaan ACL ketika aksi kemenangan 4-3 bertemu Fulham baru-baru ini.

Walau sudah menjalani pembedahan, namun Matip masih perlu menjalani beberapa sesi rawatan dan beliau mungkin akan diketepikan sepanjang musim ini.

Robertson pula sementara itu mengalami masalah kecederaan bahu ketika sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Scotland pada Oktober lalu.

Diogo Jota kini terpaksa berehat selepas mengalami masalah kecederaan otot dan beliau sudah tidak diturunkan sejak aksi terikat 1-1 bertemu Manchester City pada 25 November lalu.

Kedua-dua Jota dan Robertson dilaporkan hanya akan kembali beraksi pada hujung bulan ini atau awal tahun hadapan.

Bajcetic dan Thiago pula kedua-dua mereka terpaksa berehat panjang dan masih tidak jelas bila mereka boleh kembali diturunkan.

Kedua-dua mereka berpotensi untuk mengakhiri saingan musim ini di bilik rawatan dan kecederaan mereka jelas sekali memerlukan waktu yang panjang untuk kembali cergas.

Kehilangan enam pemain utama ini sepertinya tidak begitu beri kesan kepada kem Liverpool kerana mereka masih ada barisan pemain yang mampu untuk ganyang Man United.

Memandangkan Jurgen Klopp tak suka media menganggap skuadnya bakal menang mudah, maka artikel ini ditulis untuk menunjukkan yang The Reds juga turut bermasalah menjelang pertembungan antara kedua-dua pasukan itu.

Walau Liverpool dianggap sedang bermasalah menjelang aksi pertembungan pada awal pagi nanti, namun sebenarnya kem Man United dilihat lebih bermasalah untuk menghadapi perlawanan tersebut.

Man United kehilangan ramai bintang utama ketika aksi bertemu Liverpool nanti

Walaupun memiliki beberapa pemain yang bergelut dengan masalah kecederaan, namun Liverpool sepertinya masih menikmati musim yang menakjubkan pada ketika ini.

The Reds bahkan turut sedang mendahului carta saingan Premier League musim ini, dengan mereka cemerlang mengumpul 37 mata dari 16 perlawanan.

Manchester United sementara itu dilihat sangat bergelut dengan pelbagai masalah, dan menyebabkan mereka gagal untuk mencatatkan keputusan lebih baik.

Bukan hanya dalam saingan liga, bahkan Man United turut berdepan masalah tersebut dalam semua pertandingan yang mereka sertai musim ini.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu baru sahaja tersingkir dari saingan Champions League minggu lalu dengan mereka mengakhiri aksi di peringkat kumpulan di kedudukan terakhir.

The Red Devils juga turut bergelut dalam saingan liga selepas mereka kini hanya berada di kedudukan keenam, lima mata dibelakang Tottenham Hotspur yang sedang berada di kedudukan kelima.

Manchester United juga turut berdepan masalah krisis kecederaan pemain dan ramai bintang dari skuad utama mereka tak dapat diturunkan ketika aksi bertemu Liverpool nanti.

Lisandro Martinez, Casemiro, Mason Mount, Tyrell Malacia, Christian Eriksen dan Harry Maguire kesemuanya tak dapat diturunkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Lebih memburukkan keadaan lagi, Bruno Fernandes juga turut tak dapat diturunkan ketika aksi bertemu Liverpool nanti kerana beliau sedang menjalani hukuman penggantungan.

Walau bagaimanapun, kem Man United tetap memiliki berita gembira menjelang aksi bertemu Liverpool nanti selepas dua pemain mereka, Marcus Rashford dan Luke Shaw dilaporkan sudah cergas dan boleh diturunkan.

Rata-rata percaya Liverpool akan kenduri gol bertemu Man United selepas melihat kepada rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sejak beberapa perlawanan terakhir.

Walau bagaimanapun, selagi wisel penamat tak dibunyikan, macam-macam boleh berlaku dan tak akan mengejutkan juga andai Red Devils akan mampu untuk tewaskan Liverpool dalam perlawanan tersebut.

Adakah Man United  mampu mengutip tiga mata penuh di Anfield? Atau Liverpool akan menepati ramalan benam The Red Devils di halaman sendiri? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN