Hamidin Akui Qatar Miliki Potensi Selaku ‘Ujian’ Buat Harimau Malaya

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dilaporkan kini sedang berusaha untuk mendapatkan lawan terbaik sebagai medan ujian kepada Harimau Malaya.

Terdahulu, Malaysia secara rasminya akan bersaing dalam kejohanan Piala Asia tidak lama lagi di Qatar, dengan pelbagai bentuk persiapan rancak dilakukan oleh FAM untuk skuad kebangsaan.

Tampil dengan prestasi cukup menyakinkan kini, ranking semasa Harimau Malaya juga sedang meningkat dengan cemerlang selepas kejayaan mereka mengatasi beberapa lawan berprofil tinggi.

Sebelum mengharungi saingan Piala Asia, Malaysia dilihat sibuk mengatur beberapa perlawanan persahabatan dalam usaha untuk menguji kekuatan semasa sebelum menghadapi kejohanan tersebut.

Jelas Hamidin, beliau mengakui sangat serius ketika ini demi memastikan pasukan kebangsaan tampil bersedia sebelum aksi Piala Asia yang akan bermula lebih kurang sebulan sahaja lagi.

Setakat ini, hanya Syria sah bakal menjadi lawan skuad kendalian Kim Pan-gon sebagai aksi pemanas badan sebelum menghadapi kejohanan besar tersebut.

Selain itu, Hamidin juga menyatakan mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan satu atau dua lagi perlawanan buat Harimau Malaya sebagai ujian terakhir.

Antara lawan berpotensi untuk diuji skuad kebangsaan ialah tuan rumah bagi saingan Piala Asia akan datang iaitu Qatar yang kini berada di kedudukan ke-58 dunia.

Walaupun peluang dianggap tipis kerana kebanyakan negara sudah mempunyai lawan masing-masing, FAM akan berusaha dalam usaha untuk memantapkan lagi skuad Harimau Malaya.

“Kalau nak ikutkan kita dengan (lawan) Syria dah ‘confirm’. Arab Saudi sebelum ini memang kita dah hantar surat dan ‘confirm’, tapi dia punya jurulatih tak mahu disebabkan kemungkinan boleh bertemu di pusingan 16 nanti.

“Kita tengah cari sekarang dan hampir kesemua pasukan dah sedia dan ada lawan mereka, takkan kita nak lawan pasukan lebih bawah.

“Kita sedang cuba satu atau dua lagi kalau dapat, kita tengok potensi macam Qatar dan satu lagi pasukan, tapi mungkin susah sikit. tapi kita sedang usaha dalam minggu ini atau hingga minggu depan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Bersaing di pentas terbesar Asia, sudah tentu Malaysia enggan melepaskan peluang terbaik mereka untuk tampil menyakinkan selepas momentum semasa mereka kini berada pada tahap cukup menyakinkan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN