Peminat Terkejut Lihat Kedudukan 2 Gergasi EPL Dalam Senarai 10 Kelab Terbaik UEFA

Peminat terkejut melihat kedudukan Chelsea dan Manchester United dalam senarai 10 kelab terbaik yang dikeluarkan oleh UEFA baru-baru ini.

Chelsea dan Manchester United kedua-duanya sedang berada di tahap prestasi terburuk mereka sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Berbanding The Red Devils, The Blues sebenarnya lebih parah lagi pada ketika ini dengan skuad kendalian Mauricio Pochettino itu langsung tidak beraksi di pentas Eropah.

Manchester United musim ini turut sedang di tahap prestasi terburuk mereka di bawah kendalian Erik ten Hag.

Dalam carta saingan Premier League, Manchester United kini berada di kedudukan ke-6 liga selepas mengumpul 27 mata dari 16 perlawanan.

Lebih parah untuk skuad The Red Devils lagi, mereka selepas ini perlu turun beraksi bertemu Liverpool di Anfield dan jelas sekali ramai sudah meramal yang Man United mungkin akan dibelasah teruk dalam perlawanan tersebut.

Chelsea sementara itu sedang berada di kedudukan ke-12 selepas mengumpul 19 mata dari 16 perlawanan dan jelas sekali ia bukan satu hal yang baik untuk kelab yang sudah mengeluarkan dana besar seperti mereka.

Manchester United juga turut mengharungi musim yang sukar di pentas bola sepak Eropah, selepas mereka mengakhiri aksi peringkat kumpulan saingan Champions League di kedudukan terakhir.

Manchester United mencatatkan kekalahan 1-0 bertemu Bayern Munich minggu lalu dan hal tersebut menyebabkan mereka mengakhiri aksi peringkat kumpulan di kedudukan tercorot.

Dan kerana sekadar mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan terakhir, maka Man United turut tidak diberi peluang kedua untuk beraksi dalam saingan Europa League.

Lebih parah untuk Ten Hag lagi, beliau turut mencipta sejarah baru selepas Man United menjadi satu-satunya pasukan Inggeris yang mencatatkan 15 bolos dalam aksi peringkat kumpulan di pentas saingan Champions League.

Namun begitu, walau sedang mengharungi musim yang sangat mengecewakan, Man United masih kekal menjadi antara 10 kelab terbaik menurut ranking terbaru UEFA.

Bukan hanya Man United, Chelsea juga turut berada di kedudukan 10 teratas dalam senarai terbaru ranking yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak Eropah itu.

Manchester United berada di kedudukan ke-9 sementara Chelsea pula berada di kedudukan ke-8 dalam senarai tersebut.

Kedua-dua Manchester United dan Chelsea berada di kedudukan yang lebih baik berbanding Barcelona, Borussia Dortmund, Atletico Madrid dan juara bertahan saingan Serie A, Napoli.

Rata-rata peminat agak terkejut ketika melihat kedudukan kedua-dua kelab itu dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh UEFA.

“Saya terkejut melihat Man United dan Chelsea ada dalam senarai ini, saya rasa mereka tak layak untuk ada di kedudukan 30 terbaik sekalipun.”

“Saya penyokong Man United pun tak percaya dengan senarai ni, ia terlalu tinggi jika dilihat kepada prestasi semasa skuad kita.”

“Saya rasa Man United dan Chelsea diletakkan di kedudukan yang terlalu tinggi, mereka sangat sampah dalam liga sekarang.”

“Man United dan Chelsea ada di kedudukan 10 terbaik? Chelsea bahkan tidak berada di kelompok 10 terbaik dalam liga.”

“Adakah senarai ini mengikut penyokong atau prestasi? Kalau prestasi saya rasa ada masalah dengan senarai ini.”

Juara bertahan saingan Premier League dan Champions League, Manchester City sementara itu berada di kedudukan pertama dalam senarai 10 kelab terbaik yang dikeluarkan oleh UEFA.

Gergasi saingan Bundesliga, Bayern Munich pula berada di kedudukan kedua dalam senarai ini dan ia bukanlah satu hal yang mengejutkan peminat kerana mereka selayaknya untuk berada di kedudukan itu.

Gergasi La Liga, Real Madrid pula berada di kedudukan ketiga dalam senarai tersebut, dengan Paris Saint-Germain pula berada di kedudukan keempat.

Walau gagal untuk beraksi di pentas saingan Champions League musim ini, Liverpool tetap berada di kedudukan lima terbaik dalam senarai UEFA.

Berikut merupakan senarai 10 kelab terbaik yang dikeluarkan oleh UEFA.

10 Kelab Terbaik menurut ranking terbaru UEFA:

1) Manchester City
2) Bayern Munich
3) Real Madrid
4) Paris Saint-Germain
5) Liverpool
6) Inter Millan
7) RB Leipzig
8) Chelsea
9) Manchester United
10) AS Roma

Chelsea akan kembali meneruskan aksi mereka dalam saingan Premier League malam ini bertemu Sheffield United.

Manchester United pula sementara itu bakal turun beraksi bertemu Liverpool malam esok dan ia merupakan aksi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat.

Peminat percaya The Reds akan sekali lagi kenduri gol bertemu Man United selepas melihat bagaimana prestasi semasa kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN