Peminat Bingung Selepas Mendengar Kenyataan ‘Gila’ Erik Ten Hag

Para penyokong Manchester United terkedu mendengar kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Erik ten Hag ketika sesi temu bual selepas tamat aksi kekalahan 1-0 bertemu Bayern Munich awal pagi tadi.

Perjalanan Manchester United di pentas bola sepak Eropah musim ini secara rasminya sudah berakhir selepas mereka tewas di tangan Bayern Munich.

The Red Devils turun melayan kunjungan gergasi dari Jerman itu di Old Trafford awal pagi tadi dengan misi wajib menang bagi meneruskan perjalanan mereka di pentas Eropah musim ini.

Selepas mengharungi aksi hambar selama 70 minit, pasukan pelawat akhirnya berjaya memperoleh gol pendahuluan mereka menerusi Kingsley Coman.

Gol tersebut kekal menjadi satu-satunya gol yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dalam aksi perlawanan terakhir saingan peringkat kumpulan A itu.

Bukan hanya gagal layak ke pusingan kalah mati, bahkan kekalahan itu juga menyebabkan Man United mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan terakhir.

Dan kerana sekadar mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan terakhir, maka Man United turut tidak diberi peluang kedua untuk beraksi dalam saingan Europa League.

Lebih parah untuk Ten Hag lagi, beliau turut mencipta sejarah baru selepas Man United menjadi satu-satunya pasukan Inggeris yang mencatatkan 15 bolos dalam aksi peringkat kumpulan di pentas saingan Champions League.

Ia jelas sekali bakal menjadi hari yang mahu segera dilupakan oleh seluruh kem Manchester United dengan mereka hanya mampu mencatatkan satu percubaan tepat sahaja sepanjang perlawanan.

Ya, walau sudah beraksi di halaman sendiri bertemu Bayern Munich yang sekadar mahu melengkapkan jadual, Man United hanya mampu mencatatkan satu percubaan tepat sahaja sepanjang perlawanan.

Namun begitu, ketika ramai yang kecewa melihat persembahan skuad Man United, Erik ten Hag tampil memberi kenyataan yang membingungkan peminat.

Pengurus dari Belanda itu tampil menghamburkan pujian menggunung kepada anak-anak buahnya dan turut menganggap skuadnya bermain dengan sangat bagus dalam perlawanan itu.

Bercakap kepada TNT Sports, Ten Hag menjelaskan bahawa:

“Kami tak kalah (peringkat kumpulan saingan Champions League) hari ini. Kita pernah ada beberapa aksi yang bagus, cuma kita ada buat sikit kesilapan, kesilapan peribadi dari pemain. Pada akhirnya, ia tak cukup bagus, tapi saya rasa hari ini, persembahan mereka sangat bagus, dan kita tak layak untuk kalah.”

“Itu jelas ( tak ada skuad depth di bangku simpanan). Pujian menggunung kepada skuad atas aksi bertemu skuad terbaik Bayern. Kita perlu tenaga tambahan dari bangku simpanan. Pilihan di bahagian jentera serangan sangat terhad.”

Mendengar komen dari pengurus berusia 53 tahun itu, para peminat terkejut dan segera membahaskan hal tersebut di media sosial.

Ada peminat yang turut menganggap Ten Hag sebagai seorang yang ‘delusional’ kerana tak nampak skuadnya beraksi hambar dalam perlawanan tersebut.

Menulis di media sosial, peminat memperdebatkan hal tersebut dengan menyatakan:

“Berikan segalanya????? 1 percubaan tepat sahaja dan kamu ketawa?”

“Ya tuhan, dia tonton perlawanan apa sebenarnya? Dari mana dia nampak skuad dia bermain dengan baik?”

“Apa jadah yang saya baca ni. Dia kalah kan? Jika kamu panggil persembahan itu bagus, maka ia menunjukkan standard dia dah jatuh teruk, jatuh di bawah tahap paling minimum.”

“Macam mana boleh ada orang yang pertahankan badut delusi ini? Ia persembahan yang sangat teruk dan ketika dia kata itu persembahan bagus maka jelas kelab kita dah jatuh ke tahap paling rendah.”

“Kenapa dia selalu cakap persembahan macam ni bagus? Apa maksud bagus yang dia faham? Saya tak faham dengan kenyataan dia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN