Peminat Terkejut Bila Tahu Nama Sebenar Harry Maguire

Peminat bola sepak terkejut selepas mengetahui nama sebenar bintang handalan Manchester United, Harry Maguire dan rata-rata seolah-olah tak percaya ‘Harry’ bukanlah nama pertama beliau.

Ya, ramai peminat selama ini hanya tahu nama pemain pertahanan itu adalah Harry Maguire dan tak ramai yang tahu nama pertama beliau bukanlah ‘Harry’.

Sejak menyertai Manchester United dari Leicester City pada musim panas 2019 yang lalu, pemain centre-back itu tidak dinafikan lagi sememangnya antara bintang paling terkenal dalam skuad The Red Devils.

Walau beliau dianggap sebagai antara pemain paling terkenal, namun sebenarnya masih ramai peminat yang tak tahu nama sebenar bekas ketua pasukan Man United itu.

Dan ketika bercakap tentang nama sebenar beliau, ‘Harry’ bukanlah nama pertama Maguire sebaliknya ia hanyalah nama pertengahan bintang kebangsaan England itu.

Nama sebenar beliau adalah Jacob Harry Maguire dan nama pertama beliau itu sudah memang tidak dikenali sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi.

Walau ia hanya tentang nama sebenar beliau, namun hal itu tetap menjadi topik perbualan hangat para peminat di media sosial.

Hal ini kerana ramai peminat beranggapan nama sebenar beliau hanyalah Harry Maguire dan ‘Harry’ itu adalah nama pertamanya.

Ketika melihat nama sebenar Maguire didedahkan, peminat di media sosial dengan segera membahaskan hal tersebut.

“Jacob? Saya betul-betul tak tahu yang nama pertama dia Jacob, saya fikir nama dia Harry.”

“Walau sudah tahu, tapi saya masih percaya dan mahu kenali dia sebagai Harry Maguire sahaja.”

“Kenapa saya tak pernah tahu yang nama pertama dia Jacob? Atau memang dia ada sejarah hitam yang menyebabkan dia tak mahu dikenali dengan nama itu?”

Masih tidak jelas apa sejarah sebenar yang menyebabkan Maguire tidak dikenali dengan nama sebenarnya itu dan satu hal yang pasti, beliau sudah dikenali sebagai Harry Maguire sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi.

Harry Maguire pada ketika ini sedang menikmati karier terbaiknya bersama Manchester United dan seluruh dunia juga turut sedang menghamburkan pujian menggunung kepada pemain pertahanan itu.

Selepas teruk dihina dan dikecam dek kerana sering pamer aksi buruk sebelum ini, Maguire berjaya bangkit dan kini menjadi antara pemain terbaik dalam skuad The Red Devils.

Beliau bahkan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam saingan Premier League untuk bulan November selepas pamer aksi cemerlang dalam beberapa perlawanan terakhirnya.

Maguire berjaya membantu Manchester United untuk mencatatkan tiga clean sheets sepanjang bulan lalu bertemu Fulham, Luton dan Everton.

Ramai yang mengagumi semangat Maguire dengan beliau cemerlang bangkit dari kemerosotan prestasi menjadi antara pemain terbaik dalam dunia bola sepak pada ketika ini.

Selepas diumumkan sebagai pemenang anugerah pemain terbaik bulan November, Maguire tampil menulis di media sosial dengan menyatakan:

“Tak akan mampu lakukan tanpa rakan sepasukan saya, staff dan kamu semua peminat. Kasih sayang dari kamu dan sokongan kamu tak pernah saya lupakan. Saya sangat hargai itu.”

Erik ten Hag sendiri juga baru-baru ini turut memuji mentaliti Maguire dengan menyatakan bahawa:

“Dia terus berjuang dan tunjukkan mentaliti yang hebat. Dia patut berbangga dengan diri sendiri. Tapi macam saya kata, kita bermain satu musim dan kita sedang berada di landasan yang betul.”

Jelas Ten Hag kepada MUTV.

“Harry sedang berada di landasan yang tepat bersama skuadnya. Sekarang kita perlu ambil langkah seterusnya kerana kita mahu lebih berjaya dan Harry memang sedang benar-benar bersemangat.”

“Dia mahu menang piala. Jadi, kamu tahu, untuk capai itu, dia perlu beri yang terbaik setiap hari.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN