Liverpool Bersedia Hadapi Tawaran Baru £140 Juta Dari Barcelona Untuk Phillipe Coutinho

Menjelang pertemuan Copa del Rey menentang Celta Vigo pada awal pagi esok, halaman belakang akhbar-akhbar di Catalonia semalam didominasi bukannya oleh cerita-cerita perlawanan tersebut – sebaliknya penuh dengan gambar pemain Liverpool, Phillipe Coutinho.

Akhbar Diario Sports melaporkan Coutinho ‘semakin hampir’ berhijrah ke gergasi Catalan tersebut. Manakala El Mundo Deportivo melaporkan pegawai kelab Barcelona sedang berada di England untuk berunding membeli penyerang sayap Brazil tersebut.

Sementara itu di England, media British juga melaporkan perkara sama.

Paul Joyce, wartawan yang mempunyai kredibiliti atas ketepatan laporannya mengenai Liverpool, menulis dalam The Times bahawa Coutinho telah pun bermain perlawanan terakhirnya untuk Liverpool selepas diketepikan daripada skuad Liverpool yang menang 2-1 menentang Burnley pada 1 Januari 2018 lepas.

Melissa Reddy, seorang lagi wartawan yang mempunyai kredibiliti dalam berita Liverpool, menulis dalam Goal.com bahawa Coutinho masih berkeras mahu berhijrah ke Barcelona.

Setakat ini Liverpool telah menolak 3 tawaran Barcelona, termasuk permohonan berhijrah dari pemain berusia 25 tahun ini, semasa jendela perpindahan musim panas lepas yang bernilai £118 juta – yang menyatakan Liverpool bakal mendapat £30 juta jika Coutinho memenangi Ballon d’Or pada masa akan datang.

Barcelona perlu naikkan harga bidaan

Untuk menarik minat Liverpool dalam jendela perpindahan musim sejuk yang dibuka 1 Januari lepas, Barcelona perlu menaikkan lagi harga tawaran tanpa klausa tambahan.

Bagi Liverpool, drama berita Coutinho ke Barcelona ini merupakan satu ‘gangguan’ yang tidak dialu-alukan terutamanya ketika pasukan Merseyside ini sedang bersia-sedia menjelang pertemuan menentang Porto dalam peringkat 16 pasukan terakhir UEFA Champions League 2017/2018 nanti.

Walaupun Barcelona tahu Coutinho tidak akan dapat beraksi untuk mereka dalam kempen UEFA Champions League kali ini, mereka tetap berminat membeli Coutinho.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Ini ditambah pula dengan berita Nike, penaja Coutinho dan Barcelona, yang dilaporkan terlebih dahulu telah mempromosikan jersi Barcelona dengan nama Coutinho di laman web rasmi mereka baru-baru ini.

Screenshot dari laman web rasmi Nike awal pagi tadi.

Setakat ini tiada kenyataan rasmi daripada Liverpool sendiri mengenai isu ini. Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp hanya berkata, “Tiada gunanya saya bercakap mengenai perkara masa hadapan kerana ia hanya mencipta cerita yang selalunya tak betul.”

Sementara itu pengurus Barcelona, Ernesto Valverde juga mengambil pendekatan berhati-hati ketika diminta mengulas berita ini semasa sidang media pra-perlawanan Copa del Rey menentang Celat Vigo esok.

“Saya tak mahu cakap apa-apa mengenai pemain dari kelab lain. Beliau seorang pemain yang bagus. Tetapi kami tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Saya lebih suka bercakap mengenai pemain yang saya ada ketika ini,” kata Valverde.

Carragher: Liverpool patut buat macam RB Leipzig

Sementara itu lagenda Liverpool, Jamie Carragher memberitahu di Twitter beliau percaya Liverpool perlu melambat-lambatkan penjualan pemain yang menyertai Liverpool dari Internazionale dengan harga £8.5 juta pada Januari 2013 ini – sekurang-kurangnya sehingga habis musim 2017/2018.

“[Liverpool] sedang berada di tangga ke-4 teratas dan bersaing dalam Champions League. Jika kita menjual sekarang, prospek tersebut akan menjadi sukar. Beliau pula sukar diganti,” tulis Carragher.

Carragher turut menambah Liverpool perlu mengambil pendekatan sama seperti RB Leipzig yang hanya akan melepaskan Naby Keita selepas musim 2017/2018 habis – meskipun urusan yuran perpindahan Keita telah selesai pada Ogos 2017 lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN