Laman Web Rasmi Nike Umum Jualan Jersi Barcelona Coutinho

Adakah ini bermakna Phillipe Coutinho telah sah berhijrah ke Barcelona pada Januari 2018 nanti?

Laman web rasmi Nike (www.nike.com) hari ini telah menghidupkan semula desas-desus perpindahan pemain bintang Liverpool, Phillipe Coutinho ke Barcelona dengan (secara tak sengaja) mengumumkan penjualan jersi Barcelona yang tertera nama pemain Brazil tersebut bermula 1 Januari 2018 esok.

Paparan mobil:

Screenshot dari laman web rasmi Nike awal pagi tadi.

Paparan desktop:

Screenshot dari laman web rasmi Nike awal pagi tadi.

Dalam pengumuman tersebut, Nike telah menawarkan peminat-peminat Barcelona peluang untuk membeli jersi Barcelona musim 2017/2018 dengan caj meletakkan nama ‘Coutinho’ di belakang secara percuma.

Bagaimanapun selepas berita ni menjadi tular di Twitter, Nike telah menarik keluar pengumuman ini dari laman web rasmi mereka. Dipercayai Nike telah melakukan kesilapan dengan pengumuman pra-matang ini.

Hasil daripada selidikan netizen menunjukkan pengumuman itu sepatutnya diterbitkan di laman web rasmi Nike pada 1 Januari 2018, bukannya 30 Disember 2017 seperti yang telah berlaku.

Penyokong Liverpool yang baru sahaja menyambut baik berita ketibaan Virgil van Dijk dari Southampton sebagai pertahanan baru mereka dan kemenangan 2-1 mereka ke atas Leicester City, ternyata tidak menyambut baik antik yang dilakukan oleh Nike ini.

Sebagai balasan (gurauan), penyokong Liverpool telah mula menyebarkan imej laman web rasmi kedai mereka yang menawarkan peminat-peminat peluang untuk membeli jersi Liverpool musim 2017/2018 dengan nama ‘Messi’ di belakang.

Nike merupakan penaja jersi Barcelona bermula musim 2017/2018 sehingga musim 2022/2023. Syarikat pengeluar barangan sukan dari Amerika Syarikat itu dilaporkan menaja sehingga £140 juta semusim kepada Barcelona.

Barcelona juga mempunyai pilihan sama ada mahu menyambung penajaan sebanyak 5 tahun lagi selepas 2023 atau tidak.

Jumlah penajaan ini sekaligus memecah rekod penajaan jersi Adidas kepada Manchester United yang mencatatkan nilai penajaan keseluruhan sebanyak £750 juta untuk masa 10 tahun.

Pernah berlaku kepada Robinho

Sebagai rekod, situasi ini pernah berlaku kepada Robinho yang pada ketika dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea atau Manchester City dari Real Madrid.

Laman web rasmi kedai Chelsea telah bertindak menjual jersi Chelsea musim 2008/2009 beserta nama ‘Robinho’ di belakang sebelum kedua-dua kelab mencapai persetujuan perpindahan penyerang Brazil ini.

Situasi ini membuatkan Real Madrid berang dengan Chelsea dan bertindak menjual Robinho kepada Manchester City pula. Pengurus Chelsea pada ketika itu, Luiz Felipe Scolari pula terlepas penyerang yang beliau mahukan – menyebabkan beliau terlepas Robinho.

Adakah kesilapan yang dilakukan oleh Nike ini mengesahkan Coutinho telah sah berpindah ke Barcelona? Adakah kesilapan Nike ini juga akan menyebabkan Coutinho tidak jadi berpindah ke Barcelona?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN