3 Peluang 1v1 Yang Dibazirkan Alvaro Morata Beri Peluang Arsenal Ikat Chelsea 2-2

Jika ada satu adjektif yang dapat menggambarkan perlawanan ini pada awal pagi tadi, ia adalah menakjubkan. Perlawanan ini ada semuanya – gol cantik (walaupun ianya daripada bek sisi), drama dan peluang gol yang banyak.

Alvaro Morata pastinya ingin melupakan perlawanan tadi secepat mungkin selepas terlepas sekurang-kurangnya 3 peluang keemasan untuk menjaringkan.

Pembaziran Morata itu dihukum oleh Hector Bellerin pada hujung minit kecederaan untuk membolehkan Arsenal berkongsi 1 mata dengan Chelsea dalam aksi Premier League di Emirates Stadium awal pagi tadi.

Kedua-dua pasukan turut mencipta 33 peluang untuk dinikmati penonton. Mujurlah – bagi pertahanan Arsenal dan Chelsea – mereka mempunyai penjaga gol, Petr Cech dan Thibaut Cortois yang cemerlang untuk memastikan hanya 4 gol dibolosi antara mereka.

Cortois melakukan aksi menyelamat cemerlang untuk menafikan Alexis Sanchez dan Alexandre Lacazette sebelum beliau ditewaskan oleh gol cantik Jack Wilshere pada minit ke-63.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 03: Jack Wilshere of Arsenal celebrates after scoring his sides first goal during the Premier League match between Arsenal and Chelsea at Emirates Stadium on January 3, 2018 in London, England. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

Gol tersebut merupakan gol pertama Wilshere pada musim ini dan gol pertama untuk Arsenal sejak kali terakhir menjaringkan gol sejak Mei 2015.

Bagaimanapun gol pendahuluan Arsenal itu hanya bertahan selama 4 minit sebelum Eden Hazard menyempurnakan penalti buat Chelsea, selepas dikasari oleh Hector Bellerin dalam kotak penalti Arsenal.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun tidak gembira dengan keputusan pengadil, Anthony Taylor yang memberikan penalti kepada Hazard. Menurut pengurus berusia 68 tahun ini, “Jika itu adalah penalti, beliau sepatutnya memberikan 10 lagi penalti dalam perlawanan ini.”

Chelsea kemudiannya mendapat gol pendahuluan pula menerusi tampanan Marcos Alonso hasil daripada hantaran lintang cantik Davide Zappacosta. Dengan gol tersebut hadir pada minit ke-84, Chelsea pastinya menyangkakan 3 mata berada dalam genggaman mereka.

Bagaimanapun drama belum tamat. Pada minit kecederaan, Hector Bellerin muncul penyelamat Arsenal selepas ledakan voli luar kotak penaltinya berjaya menewaskan Cortois untuk gol penyamaan taun rumah.

Dengan kedudukan terikat 2-2, drama berterusan sekali lagi apabila Morata dan Zappacosta mempunyai peluang untuk menjaringkan gol ke-3 Chelsea selepas itu. Bagaimanapun percubaan Morata diselamatkan oleh Cech. Manakala Zappacosta dikecewakan oleh palang gol.

ARS V CHE EN Exteded from Ahmad Muzammil on Vimeo.

6 statistik menarik tentang perlawanan ini

1. Dengan keputusan seri ini, Arsenal telah mengelak kekalahan menentang Chelsea dalam 2 pertemuan liga pada musim ini – kali pertama sejak musim 2011/2012

2. Pengurus Chelsea, Antonio Conte hanya mampu menikmati 1 kemenangan sahaja dalam 6 perlawanan menentang Arsenal dalam semua kejohanan sejak permulaan musim 2016/2017 (seri 3, kalah 2)

3. Ini adalah perlawanan ke-60 Arsene Wenger menentang Chelsea dalam semua kejohanan – menjadikan Chelsea pasukan paling banyak ditemuinya sepanjang menjadi pengurus Arsenal (menang 22, seri 17, kalah 21)

4. Ini adalah gol pertama Jack Wilshere dalam 43 perlawanan Premier League, sejak kali terakhir menjaringkan gol ketika menentang West Brom pada Mei 2015

5. 14 penalti yang dihadapi oleh Cech dalam Premier League bersama Arsenal sentiasa menghasilkan gol

6. Sejak permulaan musim 206/2017, Marcos Alonso telah terlibat secara langsung dalam 16 gol di Premier League (12 gol dan 4 bantuan gol), paling banyak dalam kalangan pemain pertahanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN